Sunday, June 26, 2011

Filem yang Memberi Inspirasi

Aku ada senarai filem yang bagi aku mempunyai inspirasi. Atau paling tidak pun, memberi inspirasi kepada diri aku sendiri. Tapi kat sini aku nak share cadangan kawan2 aku kat facebook, cerita yang memberi inspirasi untuk diorang. Jadi, aku plan nak dapatkan DVD untuk filem2 yang diorang suggest, sebab aku dah ketandusan cerita baru dalam koleksi DVD aku. Antara filem2 yang diorang cadangkan ialah;



Forrest Gump 



The God Father



Legends of the Fall



Once Upon A Time in America 



Taegukgi



Confucius



Alice In Wonderland


Kebanyakan filem yang diorang suggest agak berat, so aku nak masukkan satu lagi filem yang memberi inspirasi, tak berat macam yang atas2 tu. Filem ni jugak memberi inspirasi :)



Jerry Maguire

Gender Quote


 "Men socialize by insulting each other but they don't really mean it."



"Women socialize by complimenting each other, they don't mean it either"

Gender Quote


"woman is like bluetooth. when u r next to her she stays connected ..
u go away .. she finds another device .."



"man is like wifi .. many devices can connect to him at same time"



Filem yang memberi Inspirasi - ERIN BROKOVICH




Erin Brokovich adalah filem kegemaran aku yang tak jemu2 aku tengok, aku rasa adalah lebih 10 kali, sampai rosak DVD aku. End up, kena beli yang baru.
Berkisarkan tentang kisah seorang janda bernama Erin Brokovich (Julia Roberts) struggle untuk cari kerja demi menyara 3 orang anak dia. Erin pernah kawin 2 kali, tapi  dua dua laki dia tak guna sebab tinggalkan Erin dengan anak2 diorang. Erin ialah bekas ratu cantik, pernah bekerja tapi semuanya tak kekal. Pengalaman kerja dia korang boleh tau masa dia pergi interview untuk position pembantu makmal;





Kemuncak apabila dia kena langgar dengan sebuah kereta, iaitu drivernya seorang doktor. Kejadian ni menyebabkan dia berjumpa dengan lawyer dia yang akhirnya membawa perubahan dalam hidup dia....
Erin tak berjaya saman doktor yang langgar dia dan dia marahkan lawyer dia sebab gagal handle case. Antara dialog yang aku suka masa dia marah lawyer dia ialah;

Erin Brockovich : That asshole smashed in my fucking neck! Open and fucking shut?! 
Ed Masry : Exactly the language-- -It was over before that! I told you he might get personal.  
Erin Brockovich : You said I was set. I never said that. You told me I had a good shot!
Ed Masry : Let's settle down. -Fuck "settle down" ! I've got $74.
Erin Brockovich : I can't afford to settle down! -I'm sorry, Erin. Do they teach lawyers to apologize? Because you suck at it.

Duit simpanan Erin tinggal 16 ringgit je dalam bank, sedangkan dia kena struggle untuk bayar bil, bayar rumah, kereta nak isi minyak, dan yang paling sadis, anak2 dia nak makan. Adegan yang buat aku sedih ialah bila dia ajak anak2 dia keluar makan, tapi dia cuma minum kpoi je. Bila one of aka dia tanya, kenapa dia tak makan? Dia kata dia dah makan tadi, lawyer dia belanja. Padahallllll......balik rumah dia makan makanan dalam tin je. Sungguh sedih :(

Bila dia dah puas cari kerja tapi satu kerja pun tak dapat, dia decide nak cari lawyer dia untuk mintak tolong. Dia call office lawyer dia (Ed Masry) tapi Ed tak pernah call dia semula, dan selalunya call dia orang kat office Ed tak angkat. Dia bengang, dia selamba je pergi kerja kat office Ed, dia bagitau orang2 kat office tu, Ed dah hired dia kerja. Bila Ed sampai, dia terkejut tengok Erin macam tengah sibuk buat kerja. Ed tanya PA dia, apa Erin buat kat situ? PA kata Erin tengah kerjalah, kan Ed jugak yang hired dia. 

Ed lagi la terkejut kan, bila masa pulak dia ambik Erin kerja kat situ. So bila dia tanya Erin, apa yang Erin buat kat situ, Erin kata dah whole week dia try call Ed, tapi tak dapat, takde orang angkat pun. Dah gaduh2 dengan Ed, lastly dia kata "I am smart, I can do anything, and I will not leaving here without any job". Ed takde choice, terpaksa ambik Erin kerja sebab Erin dah persuade dia....




Erin diambik kerja sebagai kerani yang kena jaga file dan record office. Dan segalanya berubah bila dia kena susun file untuk satu kes ni. Erin dah terbaca kes dalam file tu, dan dia decide untuk investigate kes tu. Nak tau kesudahan cerita ni, kenalah beli DVD Erin Brockovich...Hahahahahaha.....

Bila tiap kali aku rasa down, especially pasal kerja aku laa, aku akan tengok filem ni. Aku akan tengok kesusahan Erin struggle kerja dia untuk sara anak2 dia, yang akhirnya, dia dapat tolong Ed solve big case pasal radiation oleh satu kilang tu yang menyebabkan penduduk sekitar kilang tu terkena macam2 penyakit, kesan dari bahan buangan yang mengandungi radiation kilang tu. Ed dapat title best lawyer, disebabkan kerja kuat Erin solving the case. Yang bestnya, dia sorang je pergi buat kerja macam ambik petition, ambik sample, study pasal radiation, curi dokumen penting kat office kerajaan dan macam2 lagilah.

Dan kalau korang perasan, antara perkataan yang paling banyak Erin guna adalah F**K. Hehehehe...
Aku malas nak cerita panjang2, jadi korang tengok jelah video2 yang aku ambik dari you tube ni. Kalau nak tau siapa itu ERIN BROCKOVIH, boleh baca KAT SINI, dan ini laman web milik Erin - ERIN BROCKOVICH. Segala dialog yang best dalam filem ni boleh rujuk KAT SINI, SINI dan SINI.







Lain lain video - http://youtu.be/AZMg4vFcRQs
http://youtu.be/0wVgg5t2LAM
http://youtu.be/kDfvxJUxL10
 http://youtu.be/mKgy5W3S6nw

Saturday, June 25, 2011

LONGCHAMP

Hari tu masa jalan - jalan kat sebuah pasaraya yang dikenali di Malaysia, ternampak 2, 3 orang pakai beg ni;




Ini;




dan juga ini;



Dalam hati bertanya, apakah beg itu yang telah berjaya mencuri hatiku?? Kenapa ramai sekali yang pakai beg yang cantik itu???
Macam biasa, aku selalu ketinggalan bab2 fesyen ni, especially brand apa yang tengah hot di pasaran. Bila ada member on facebook post pasal butik LongChamp di Pavillion, aku terus..........BERTAMBAH SUKA!

Dan, keghairahan ini bertambah ketara apabila supplier aku ada dalam 2, 3 orang pakai beg LONGCHAMP juga :(





Harga sebijik beg ni kira2 RM400, lebih kurang harga beg CARLO RINO idaman aku laa kan. Dalam hati mula bercita2 untuk memilikinya, biarpun hanya satu. :)



Ye, sila pilih warna yang very attractive dan memikat hati.
Selalunya ada special edition series, and one of them adalah ini;




So, agak2 duit dah cukup tu, bolehlah usha ke LONGCHAMP, Pavillion ye. Aku tak tau laa aku dapat grab ke tak memandangkan nak kawin ni, kena saving banyak....tapi dalam hati tetaplah berkenan untuk memilikinya, biarpun satu :)


My Idol - J.Lo

Ye, perempuan paling cantik di dunia pada tahun 2011 ini adalah - JENNIFER LOPEZ.


Aku memang dah lama minat dia, cuma KETERUJAAN tu bertambah sejak J.Lo jadi one of the new judge for Amercican Idol season 10. Haruslah tengok semua episod start dari audition, sampai finale kan. Amatlah suka tengok J.Lo yang CANTIK BANGAT, aku tengok baju apa yang dia pakai, fesyen rambut dia macamana, dan everytime dia senyum, sangatlah manis!!


Bagi aku laa kan, kalau nak tau perempuan tu cantik ke tidak, cuba imagine kan perempuan tu jadi lelaki. Maksud aku, cuba tengok muka perempuan tu dari sudut lelaki. Macam J.Lo, rahang pipi dia amat ketara, jadi kalau dia ni lelaki pun, memang termasuk dalam kategori hensem. Gambar kat bawah ni sebagai bukti (anda harus memiliki imaginasi yang tinggi untuk menjayakan teori ini).


Teori ini samalah jugak dengan bila aku tengok Cindy Crawford, iaitu oleh kerana rahang pipi muka ketara timbul, jadi kalau dia ni lelaki pun, memang termasuk dalam kategori hensem;



Ok, cukup aku letak satu gambar Cindy kat sini sebab tajuk entry ni adalah pasal J.Lo.
Apa saja pasal J.Lo memang aku suka, pasal laki dia ke si Marc Anthony tu, pasal peha dia, pasal punggung dia, pasal anak2 dia, pasal life dia, filem dia, fesyen dia...ah, semualah aku suka!



J.Lo rambut ikal, tapi sebab rambut dia panjang, so tak nampak ikal sangat la. Rambut dia selalunya akan potong layered, jarang aku tengok dia buat rambut lurus. Tapi bila ramubt lurus pun, tetap cantik :)



Yang ni ala2 simple, tapi bila dia potong ala2 baby doll macam kat bawah ni, comelll sangat! Aku pernah buat rambut macam ni raya tahun lepas, tapi bila rambut kat depan tu semakin panjang, dah cucuk mata aku dah. Tapi nampak comel je kan?


Dalam American Idol season 10 last episode, J.Lo buat rambut ala2 kembang gitu, which is aku tetap sukaaa! Yang ni kalau nak buat, haruslah rambut tebal kan, baru volume ada. Kalau rambut ala2 takde volume macam aku ni, rasanya kena tambah rambut palsu kat belakang. Ekekekeeke.....berangannnnn....




Bagi aku, J.Lo adalah antara wanita tersexy dan tercantik. Cantik tu kan subjektif, kalau aku kata cantik, orang lain kata tak cantik. Kalau aku kata tak cantik, orang lain pun kata tak cantik. Gitu. 







J.Lo bukan kali pertama kawin, dah banyak kali dah. Latest, dengan si Marc Anthony tu laa. Aku teringat statement dia pasal laki dia, dia kata Marc ialah lelaki yang kelakar dan selalu buat dia ketawa, sebab tu dia suka Marc. Betul tu J.Lo, lelaki kelakar memang amat penting dalam kehidupan, apatah lagi kita yang suka ketawa ni. Kita???? Apapun, aku berharap Marc adalah laki dia yang terakhir sebab aku suka tengok dia dengan Marc, walaupun nampak cam tak sepadan je, tapi bila diorang appear kat public, cool je, takdela nak peluk cium bagai over ratting kan. Jadi, aku suka laa.






Dan semestinya, rambut, fesyen dan gaya J.Lo akan terus jadi ikutan sampai bila2. Kalau dapat body macam J.Lo pun ok gak kan, yang penting peha dengan punggung maintain besaq. Aku pun bercita2 nak bagi rahang pipi aku timbul walaupun tak pernah2 timbul sejak azali, tapi aku akan usahakan sebelum menjelangnya perkahwinan. Tettt...bila tu? Hehehehehe.....aku tak tau caranya macamana, tapi aku cuba usahakan jugakla.






CHELSEA CHELSEA!

Seperti yang supplier aku janjikan akhirnya tiket perlawanan Chelsea dengan Harimau Malaya sampai jugak ke tangan aku ;D


Perlawanan dijadualkan berlangsung pada 21 Julai 2011, pukul 8.45 malam di Stadium Bukit Jalil. Hari Khamis, which is hari kerja....dan dan aku tipon Man ajak gi tengok walaupun Man adalah fan Liverpool, tapi aku peduli hape kan. Dia tetap kena teman aku gi tengok Chelsea lawan. Man kata okay, so haruslah sukaaa!
Lpeas tu supplier aku bagi pulak training pass Chelsea dengan Harimau Malaya, iaitu pada 19 Julai, dan aku dah rasa aku tak dapat pergi memandangkan komitmen pada kerja kan....so aku decide nak bagi jelah pada Man, biar dia layan. Man kata, dia nak buat onar kat stadium, nak buat banner yang bertulis, "LIVERPOOL FOREVER". Aku cakap kata dia, kalau dia kena belasah dalam stadium, aku tak dapat tolong sebab aku akan pasrah je nanti, tengah kerja kan (walaupun hakikatnya Stadium Bukit Jalil dekat dengan office aku).




Jadi, harap2 lah dapat pergi dengan Man nanti dan janganlah ada benda yang menyebabkan tak jadi sebab sepanjang aku bercinta dengan Man ni, memang banyak plan2 yang tak jadi yang bikin aku hangin satu badan dan merajuk berpanjangan. End up, Man lah kena pujuk, padan muka dia.

Ok Chelsea fan, see u at Bukit Jalil on 21st July! CHELSEA CHELSEA!

Sunday, June 19, 2011

Motivation Quote


"I'm just like all women - we are born to criticise ourselves" - Shakira

Motivation Quote


"I've never looked at myself negatively" - Jennifer Lopez

Motivation Quote


"The funny thing about having children is that now I am twice as motivated to do a cool stunt because my kids will like it" - Angelina Jolie

Baju untuk Dinner

Aku tengah pening nak cari baju untuk dinner office nanti, yelah, dinner tak lama dah, tapi tak tau nak pakai baju apa kan.
First time dinner office aku teruja sebegini tau..ok, sebelum ni tak teruja sebab dulu office lain, sekarang ofice lain.
Usha2 blog jubah kaftan kat google, terjumpa satu blog ni yang baju2 nya cantik2 sangat :)
Dan memang macam yang aku nak lah.
Inilah blog nye - Women Boutique.

Kat sini aku ambik sikitlah gambar2 baju yang aku rasa sangat cantik dan sesuai untuk dipakai malam dinner nanti. Gambar2 adalah dari blog Women Boutique and credit to them coz almost all dress are so beautiful!!

oh, suka! sangat cantik!!
mesti ada satu dalam almari! huhuhu

tak boleh tahan!!




Tema dinner kali ni ialah Blink Blink and Glamz.
Kalau nak blink blink, kena tambah aksesori laa kan.
Dan aku suka jubah kaftan kat bawah ni, memang kena sangat laa dengan theme Glamz kan, cuma part blink blink tu nak kena tambah cost untuk aksesori laa...




Oh, sangat suka yang ni!!! Tak tahan, cantik!!!
Range price adalah dalam RM150 hingga RM200+/-.
Tapi agak mengecewakan sebab tuan punya blog holiday panjang sampai July, sedangkan dinner aku adalah pada 1st of July. Sedih :(
So, nak kena usha kat tempat lain untuk jubah kaftan ala2 macam gambar kat atas ni, dan aku plan nak tambah aksesori kat kepala untuk bagi blink2. Kelasss kau!!

Aku teruja nak attend dinner office nanti. So, nanti aku buat entry untuk malam tu ok! ;)


Friday, June 17, 2011

Save your Electric Bills

Aku jumpa video comel ni kat you tube, so saja nak share kat sini, cara - cara menjimatkan penggunaan elektrik. Sangat mudah difahami ;D

Thursday, June 16, 2011

Woman and her right


RULE NO.1 = Woman is always right.
RULE NO.2 = If you think your woman is not right, see rule no.1.

Love Quote



You can tell a lot about longer-term relationships by how the couple holds hands: The person whose palm faces down is usually the boss.

Sunday, June 5, 2011

Cat Fight with Baby ;D

Aku suka apa saja video yang berkaitan dengan kucing. Ada member forward video ni kat aku, so aku nak share kat sini. Tengok banyak kali pun tak puas, sukaaaaa :D

Saturday, June 4, 2011

Giving Up

“Giving up doesn’t always mean you are weak. Sometimes it means that you are strong enough to let go. It takes a minute to like someone, and hour to love someone, but to forget someone takes a life time.”