Friday, April 6, 2012

Pancake House International

Outsation adalah sememangnya sangat penat.
Tapi boleh dipanggil time makan2 jugak sebab selalu diajak makan kat tempat yang sedap2 dan berbaloi.

Masa outstation di Ipoh hari tu, member2 sekerja ajak makan kat tempat yang belum pernah aku pergi, iaitu Pancake House International.

Pancake House mempunyai set makan tengahari yang menarik sebab setiap set ada percuma pancake mini!

Yummy ;D




Baru 3 kali pergi, so hanya berkesempatan cuba makanan ni ;



Best Taco in Town Set (Ice Lemon Tea + Pancake Mini) - RM15.90

Boleh tahan, sesuai untuk yang tak nak makan berat2 sangat. Tapi hari tu makan satu pun dah kenyang. Filling adalah sayur - sayuran. Kulit luar (maaf sebab guna bahasan makanan yang tak standard) adalah keras dan ianya sedap. Recommended ;D




Hamburger Steak Special Set (Ice Lemon Tea + Pancake Mini) = RM15.00

Boleh tahan laa ... sesuai untuk yang memang lapar giler waktu tengahari sebab burger ni agak tinggi.
Dihidangkan bersama salad dan hirisan kentang.




Untuk pencuci mulut, instead of pancake, aku pilih untuk makan waffle sebab aku memang suka waffles.
Lagi2 yang filling chocolate atau blueberry.
Atas waffle tu bukan ice cream, tapi krim. Sama macam mini pancake gak, atas tu adalah krim.
Harga waffles ni tak silap aku dalam RM10.50.

Cawangan Pancake House selain di AEON Ipoh Station 18, di KL terdapat di Pavillion, Midvalley, dan One Utama (sumber sahih). Manakala sumber tak berapa sahih pulak ada yang mengatakan cawangan Pancake House ada di Subang Parade dan di The Summit.


 Dekorasi dalam restoran



 Pandang ke luar restoran


Bagi aku, kalau nak makan dessert tu, oklah pergi tempat ni.
Untuk lunch, bolehlah cuba kalau nak kelainan ;D

No comments:

Post a Comment