Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Tuesday, August 21, 2012

Belanga, Midvalley

3 hari sebelum Raya, kena jadi helper kat store.
Tahun ni aku kena kat Midvalley lak, which is sangat benci.
Tapi no choice, nak tukar pun takleh dah.

Kalau plan nak bukak puasa kat Midvalley ni, memang laa kena booking awal2 di siang hari.
Sebab orang memang terlampaulah ramai, semua kedai makan akan full.
Based on information dari member2 sekerja, diorang kata kat Secret Recipe dengan Nando's je boleh dapat seat kalau tak booking.
Yang lain tu, harapanlaa kan.

Hari tu plan nak iftar kat Belanga.
First time makan kat kedai ni.
Actually Belanga ni bukan dalam Midvalley, tapi dalam the Gardens.
Kalau dari Midvalley, betul2 dekat dengan centre court lower ground.
Straight je, kedai ni belah kanan.
Direction sangatlah tak jelas kan.

Kedai ni member aku kata menunya adalah menu masakan Kelantan.
Tapi aku agak confius bila tengok Managernya orang Indon.

Masa bulan puasa tahun ni, aku memang selalunya nak order air bandung soda.
Mantop. Paling mantop masa kat restoran asam pedas Linda Onn kat Ampang tu.
Meletop nok.



Masa ni aku order asam pedas ikan pari. Bolehlaa.
Member aku order asam pedas ayam.
Asam pedas ni datang dengan set - nasi kosong, asam pedas, telur mata kerbau dan sambal belacan.
Satu set RM13.90 tak silap aku.

Ok, fokus entri awal tersasar.
Mari lihat gambar makanan yang aku order kat Belanga.


Bandung Soda yang takde rasa soda


Kerabu Rice with Grill Terdeloin (nama cam canggih je)


Macam canggih je nama tu kan padahallll .. nasik kerabu dengan daging bakar je pun ...
Bandar sangatt ...




Pemandangan dalam kedai. Full house. Kat luar pun full.



Member aku tu ambik Nasi Lemak Ayam Berempah, which is katanya, ok laa ...
Harga kat sini standard laa, macam yang aku punya tu RM15.90, member aku punya RM14.90.
Kitorang order Sirap Bandung Soda harga segelas RM5.50.

Mungkin akan ke sini lagi, nak bawak Man.

Wednesday, April 11, 2012

Makan Satey

Ahad lepas, aku dengan Jiha pergi makan satey di Gombak.




Satey Kajang Hj.Samuri yang sejak tahun2 lalu mendapat feedback negatif daripada peminat satey Kajang ini. Oleh sebab Jiha duk dekat Ampang dan tak berapa tahu sangat jalan2 kat KL walaupun dia orang KL (mengutuk kawan baik sendiri), so aku bawak jelah dia kat cawangan satey Kajang di Gombak ni. Betul2 tepi highway menghala ke UIA dan Karak. Dekat dengan Petronas, McDonalds dan Balai Bomba. Dekat dengan Caltex jugak.




Jiha orderkan 15 cucuk satey daging dan 15 cucuk satey ayam sebab dia tak makan satey lain. Tak thrill la minah ni. Aku baru je nak try satey rusa, kambing, perut bagai tapi agak pricey laa. Itu pun ingat nak order lagi sebab macam tak cukup (belum lunch lagi kan) but end up, nak habiskan pun tak larat dan masing2 paksa habiskan last one. Orang tak berapa tamak tak berapa rugi :D




Aku order ABC teringin yang rasanya biasa2 je. Ouch, teringat pulak ABC best kat UITM Shah Alam tu, dah lama tak pergi sana. Satey Kajang Haji Samuri cawangan Gombak ni dibuka waktu tengahari sampai pukul berapa aku tak pasti. Lupa lak tanya minah Indon tu.




Pernah terbaca dalam blog Mazidul tentang majoriti pekerja Indon di cawangan2 Satey Kajang Hj.Samuri ni yang tak mesra alam. Tambah lagi, sekarang ni owner satey kajang ni buat style self service, pelanggan kena order kat kaunter, bayar dulu lepas tu baru dapat satey. Dahla minah Indon kat kaunter tak mesra alam, satey pun kadang2 tak berapa masak. Ni yang aku baca feedback kat forum2 laa ... aku pun bukanlaa penggemar satey kajang ni. Tapi sebab kitorang teringin nak makan satey bersama, so layan kan aje.



Buzy dengan handphone jek


Lepas tu temankan minah ni pergi Watsons coz dia nak beli something. Lepas ni nak berjimba kat mana pulak, belum plan lagi ;D

Friday, April 6, 2012

Pancake House International

Outsation adalah sememangnya sangat penat.
Tapi boleh dipanggil time makan2 jugak sebab selalu diajak makan kat tempat yang sedap2 dan berbaloi.

Masa outstation di Ipoh hari tu, member2 sekerja ajak makan kat tempat yang belum pernah aku pergi, iaitu Pancake House International.

Pancake House mempunyai set makan tengahari yang menarik sebab setiap set ada percuma pancake mini!

Yummy ;D




Baru 3 kali pergi, so hanya berkesempatan cuba makanan ni ;



Best Taco in Town Set (Ice Lemon Tea + Pancake Mini) - RM15.90

Boleh tahan, sesuai untuk yang tak nak makan berat2 sangat. Tapi hari tu makan satu pun dah kenyang. Filling adalah sayur - sayuran. Kulit luar (maaf sebab guna bahasan makanan yang tak standard) adalah keras dan ianya sedap. Recommended ;D




Hamburger Steak Special Set (Ice Lemon Tea + Pancake Mini) = RM15.00

Boleh tahan laa ... sesuai untuk yang memang lapar giler waktu tengahari sebab burger ni agak tinggi.
Dihidangkan bersama salad dan hirisan kentang.




Untuk pencuci mulut, instead of pancake, aku pilih untuk makan waffle sebab aku memang suka waffles.
Lagi2 yang filling chocolate atau blueberry.
Atas waffle tu bukan ice cream, tapi krim. Sama macam mini pancake gak, atas tu adalah krim.
Harga waffles ni tak silap aku dalam RM10.50.

Cawangan Pancake House selain di AEON Ipoh Station 18, di KL terdapat di Pavillion, Midvalley, dan One Utama (sumber sahih). Manakala sumber tak berapa sahih pulak ada yang mengatakan cawangan Pancake House ada di Subang Parade dan di The Summit.


 Dekorasi dalam restoran



 Pandang ke luar restoran


Bagi aku, kalau nak makan dessert tu, oklah pergi tempat ni.
Untuk lunch, bolehlah cuba kalau nak kelainan ;D

Spend the Day

I plan to meet my best friend, Jiha in Wangsa Walk.
Already 1 month we didnt meet.
So it will be a routine meeting, once a month after this ;D



Lunch dishes at Georgetown Kopitiam. Jiha just having simple dish while I having heavy dish.
French fries as snack. Hurm .. not bad.

Later, Jiha wants to eat ice cream pulak.
Am not so into ice cream, but this time I layan jelah her wish ...
So we went to Moo Cow Frozen Yogurt, which is quiet pricey ;









We really having fun here as the decoration is childish.
Jiha not paying attention to my stories. She distracted with the animal image that has kampung name.




I laughed when see the character of animal behind Jiha.
I remembered someone. LOL


Spend time with fun. Lurve it.



Sorry for the puffy eyes of me :D

Saturday, June 4, 2011

Tako Tao

Ok, dulu aku tak ambik port sangat pasal makanan Jepun ni sebab aku tak gemar makan Sushi.
Ok, ayat tak habis. Aku tak gemar makan sushi yang murah, takleh telan. Kalau sushi yang kat hotel tu, tekak aku boleh menerimanya. Aku pun tak tau kenapa. Hehehehe....

Kalau makanan Jepun, aku paling suka sekali Teppanyaki laa.
Biasa suka makan Teppanyaki kat The Curve dan Pavillion.
Kalau kat The Curve tu, tak mahal sangat, satu set dalam RM12.90.
Kalau kat Pavillion, dua orang makan dah lebih kurang RM80 tau.

Nak citer pasal makanan kegemaran ramai ni, Tako Tao.


First time cuba yang Chicken and Cheese, adalah sangat sedapppppppppp :)
Rasa tak cukup pulak 3 ketul kan. Nyesal tak beli dua kotak.
So, besoknya decide nak beli 2 kotak. Gila tamak. Hahahaha.
Oh, Tako Tao ni dijual di Jaya Jusco je dan bukan semua cawangan JJ ada tau. Boleh tengok kat laman web sini - http://takotao.com/main/

Aku sempat laa tengok cara dia buat kan. Campuran bancuhan tepung (macam nak buat cekodok gitu), dimasukkan dalam acuan pembakar separuh bulat. Lepas tu, tukang masak tu ada masukkan keju yang dipotong kecik2, daging nipis seketul, udang sekor, hirisan kobis dan ada lagi yang aku tak sempat tengok. So, bahan2 ni disatukan dalam bancuhan tepung tu, dalam acuan pembakar, dan digolekkan supaya jadi bentuk bebola. Dan, yang jadi sedapnya, bila dah siap dimasak, ditambah dengan kicap Jepun, wasabi, mayonis dan fish flake. Aku pun tak pasti fish flake tu apa, tapi yang penting, memang sedap :)



So, bila dah tamak, beli yang ramai orang suggest untuk cuba, Octopus.
Mula2 nak ambik 2 jenis yang lain2, tapi kena tunggu 15 minit, lama lak. Malas ok nak tunggu.
Ambik jela yang sama jenis. Tapi mungkin sebab aku makan masa dah sejuk sebab lama gila nak sampai rumah, dengan jem yang sejam setengah, Tako Tao dah sejuk :(
Tak berapa best. Tapi tetaplah licin jugak. Hehehehe.

Kalau nak buat sendiri pun ok kot, tapi tak tahu bancuhan tepung tu, camne?
Nak tanya orang yang masak tu, confirm laa dia dah angkat sumpah tak bocorkan resepi Tako Tao kan.
So, agak2 sendiri laa, try test buat, jadi ke tak.
Lupa nak bagitau, harga sekotak untuk 3 ketul Tako Tao ialah RM4.50, which is dulu harganya RM4.30.
Kalau nak extra mayonis ata fish flake, kena tambah 50sen, dulu 30sen.
Naik harga pun, ramai je orang nak beli aku tengok. Sebab sedap kan.


Saturday, May 21, 2011

Flaming Steamboat

Dah lama nak buat entry ni, tapi macam biasa laa, buat  - buat buzy konon takde masa.
Padahal aku sememangnya malas.
Oklah, aku nak cerita ni. Ni tahun bila pergi makan ni?
Rasa - rasanya tahun 2010 kot? Around May 2010.
Member aku yang suggest makan kat sini. So aku dengan housemate aku ok je.
Sebab kitorang pun tak pernah cuba kan.
Hmm..rindunya nak pergi jalan - jalan cari makan macam ni...

Flaming Steamboat ni terletak sebelah Sunway Pyramid je. Restaurant ni dekat hujung blok pertama, menghadap jalan. Nak pergi sini, kalau drive, parking kena bayar ok. Tak silap aku dalam RM5 camtu.
Makan ala - ala buffet. Second time aku pergi sini ialah dating second time dengan Man. Hehehehe...tak boleh lupa yang tu, sebab dating kali kedua tu yang paling istimewa sekali. Hehehehe...

Ok,. aku bukan nak cerita pasal tu, aku nak cerita pasal Restoran Flaming ni.
Oleh kerana makan ala buffet, so untuk seorang, kena bayar RM22.50.
Ni harga masa aku pergi bulan May 2010 ok. Start Januari 2011 ni, dah naik harga jadi RM23.80 seorang.


Ni masa pergi makan 3 orang. Kenyang yarabbi..tak payah cakaplah. Sampai aku surrender.
Choice untuk seafood banyakkkkk sangat, sampai ada 3 bahagian. Masa mula - mula pergi, semua aku ambik. Memang spesies tamak kan. Ada laa balance tak habis, tapi tak banyak laa. Aku ambik nasik goreng lah, mee goreng lah, ayam goreng lah. Member aku kata, makanan yang macam tu hari - hari pun makan, so dia ambik seafood yang mahal - mahal je. Yelah, masa tu aku baru balik kerja lagi, mau tak kebulur kan. Sebab tu tamak haloba.

 Keji kan member aku, yang dia punya semua letak dalam sup tomyam, yang aku punya dia letak dalam sup biasa je. Hampeh.

Environment kedai ni memang bagus. Kalau nak makan kat dalam, ada air cond. Kalau nak smoking, makan kat luar. Masa dating second time dengan Man, mesti kitorang duk luar punyalah, sebab Man kan smoking kan. Masa tu malu - malu je aku nak masak steamboat tu depan dia. Kontrol je aku, menyampah. Kalau ingat - ingat balik, rasa nak muntah pulak. Sikit pulak aku makan malam tu, tak macam aku yang biasa. Sambil makan, sambil flirt Man. Hiii....apa nak jadi aku ni....

Okay, sambung cerita pasal Flamingo. Kedai ni bukak hari - hari, dari pukul 5 petang sampai 12 malam, dan biasa hari minggu, ramai je orang, silap - silap kena booking kalau datang lepas Maghrib. Aku rasa, kalau nak bawak family jauh datang makan sini, sangatlah sesuai sebab puas hati, ko bayar RM23.80 untuk makan segala benda.


Antara menu selain dari seafood adalah macam kuih, mee goreng, nasi goreng, lauk ayam rendang, fast food pun ada, dessert macam ais kacang, marshmallow, aiskrim, dan macam - macamlah! Korang boleh tengok kat sini. Masa pergi dengan budak - budak tu, diorang suka makan marshmallow dengan coklat. Aku tak gemar sangat, aku makan aiskrim je. Masa dating dengan Man, Man yang ambikkan aku aiskrim. Hehehehe...teringat pulak kenangan lalu..ahaks!

Heaven ni :D

Isy, bila tengok balik, rasa nak pulak :(

Dulu, dia bukak kat Sunway je. Sekarang ni, dah ada branch baru, dekat Danau Kota, Setapak. Makan steamboat, time hujan sejuk - sejuk, bestlah aku rasa. Dan kalau nak pergi, pastikan before tu tak makan apa - apa lagi, sebab kalau datang bila perut full, rasa macam rugi je sebab tak boleh makan banyak - banyak kan. Bolehla review pendapat blogger - blogger lain di sini dan di sini.


Mee Japan warna hijau :D


Antara yang comel jadi mangsa aku ;D
Rindulah nak pergi sini lagi...kalau nak pergi pun, nak ajak Encik Man lah..heheheh...



Sunday, May 15, 2011

Janwa Thai Restaurant

Aku ingatkan kat tempat aku ni takde tempat makan best.
Akhirnyaa..jumpa juga :)
Dan aku jumpa tempat makan yang ada tomyam terbaikkkkk bagi aku.
Huhuhuhu...so agak2 bila ngidam tomyam tu, bolehla datang sini :)


Kredit untuk gambar dari blog Malaysian Foodie

Tentang review restoran ni, bolehlah baca blog Babe in the City, Malaysian Most Wanted, Malaysian Foodie, Apple Foodees, VKeong, Big Boys Oven  dan Just Phood.

Malam tu aku order Ais Cendol, Sayur Paku Pakis masak belacan, Tauhu goreng, Tomyam sayur dan ayam pandan as recommended by most blog yang aku baca. Tapi sayangnya, gambar ais Cendol takde sebab kamera aku buat hal, aku pun tak tau kenapa gambar cendol tak muncul even aku dah snap banyak kali :(

Tomyam yang berjaya mengkecurkan air liur aku ;)

Dishes pilihan aku sudah semesti nya tomyam. Makan sekali, terus jatuh cinta..sampai teringat - ingat ok. 
Ada 2 jenis tomyam, tomyam yang clear dan tomyam yang tak clear. Yang tak clear, of course laa guna pes kan, tu yang mantopp tu. Tauhu goreng bagi aku ok je, tapi bila cicah dengan sos Thai tu, jadi ummph!


Sayu paku pakis biasa je..tapi ok laa sebab portion untuk 2 orang bagi aku terlalu banyak;


Dan yang menjadi idaman blogger yang tersebut, ayam pandan yang berharga RM2 seketul. Aku ambik 2 ketul je, since member aku tu baru lepas kena penyakit gatal2, dan dia tak boleh makan ayam, aku sorang je laa makan. Quite ok, tapi takde bau pandan pun. Hehehe....but nice if you want to try :)



Sorry, gambar tak clear...heheheh

Puas hati makan kat sini, mungkin next time nak pergi lagi untuk order dish lain pulak macam kerabu ayam ke, lala masak pedas ke dan harga bagi aku reasonable, untuk dinner hari tu RM46.80 (2 orang makan). Restoran ni berdekatan dengan Tesco Kepong. Jadi silalah kunjungi ya!


Sunday, May 8, 2011

Hari yang ditunggu telah tiba

Ho! Ho! Ho!
Dah lama aku plan ni, so memang agak excited la bila tiba the day kan.
Kisahnya aku dah berniat nak belanja MY BEST FRIEND FOREVER sempena befday dia...
Aku panggil dia Bai je. Rasanya dah berkawan dengan dia 5 tahun lebih.
He's the only person best friend I ever had...

Oleh kerana dia nak menamatkan zaman bujang dia tahun ni, so aku ambik kesempatan laa..
Kesempatan nak belanja dia makan kek ok.
So bawak dia pergi ke  - Secret Recipe :)


Order kek faveret aku....Chocolate Indulgence...
Eh, eh, befday sape sebenarnya ni? Apsal ikut tekak aku plak?

Aku panggil kek ni Heaven Indulgence...hehehe

Motif sebenar aku treat member aku ni ialah aku teringin nak makan kek...hehehe..
So kebetulan pulak, befday dia kan, so belanja dia sekali laa...
Nanti dia dah jadi laki orang, tak leh la aku nak belanja dia dah.
Atau sebenarnya aku dah nak jadi bini orang, tak leh belanja dia dah. Muahahaha..
Takkan nak makan kek je kan, so order laa sekali yang ni...


Lepas member baik aku bakal menamatkan zaman bujang dia, insyaAllah menyusul kemudian, aku pulak.
Hehehehe...so sama - sama excited, sama - sama galak laa sekarang ni.
Aku doakan agar dia bahagia, dan berharap bakal dia akan jaga dia sebaik - baiknya..
He is my BEST FRIEND FOREVER.


Tahun depan nak belanja cik abe pulak makan kek..hehehe...

Wednesday, May 4, 2011

Restoran Nasi Ayam Kampung A. Hassan

Hari tu, member aku ajak lunch together - gether.
Dia baru sampai dari kampung,  tapi kereta dia member dia pinjam, so dia suruh la aku pergi ambik dia.
Aku pun pergi la menuju ke Cheras..sebab orang nak belanja lunch kan, harussss lah bergerak laju.

Dia bawak aku ke medan selera di Cheras.
Punyalaaa ramainya orang! Walaupun hari tu hari cuti (Hari Pekerja).
Tapi sepanjang aku berkawan dengan member aku ni, dia ni kira pakar cari tempat2 makan yang best.
Belum pernah aku kecewa dengan tempat2 makan yang dia bawak (atau sebenarnya aku tak pernah kecewa sebab dia je yang selalu belanja aku?).

Dan aku selalunya percaya pada tempat2 pilihan dia.
Kedai makan ni namanya Restoran Nasi Ayam Kampung A. Hassan.
Terletak di Cheras, dan kawasannya adalah luas sekali....
Member aku kata dulu tokey dia menyewa kat lot kedai makan je..
Tapi bila aku datang hari tu, dah terpacak bangunan warna hijau kat sebelah lot kedai makan dia tu..
So maknanya, dah kaya laa tokey dia. Dah ada bangunan sendiri beb...

Aku duduk makan dengan member aku kat port bawah pokok tu, so takdelaa aku nak ambik gambar kan.
Plus, aku adalah blogger yang malu2 untuk mengambil gambar, tapi tak malu untuk buat posting di blog.
Jadi, gambar2 yang aku letak kat sini adalah dicuri secara tak sengaja di tuan punya blog ini - Fadhil Isma dan Honey. Kredit for both of them.

Ada 2 tingkat untuk tempat makan pelanggan

Aku tak makan kat bangunan ni, aku makan kat sebelah depan bangunan.
Sebab member aku tu katanya nak feeling ala2 makan kenduri.
Sebab yang bahagian luar tu, meja2 makan diletakkan kat bawah pokok.
Setiap meja makan, ada payung besar. Ala, payung gerai tu.
Lepas makan je, pekerja2 kat situ kutip pinggan mangkuk, letak dalam besen.
So memang confirm la feeling ala - ala makan kat kenduri kan.
Tambah pulak angin kuat, fuh...nyaman je rasa.

Yang datang ke restoran ni, bukan sahaja Melayu, Cina pun ramai.
Aku tengok sampai berpeluh2 diorang makan.
Bila aku sampai je kedai tu, terus mata aku terpandang ayam kampung.
Pehh....terus capai nasik lepas tu!

Kat kedai tu mengamalkan self service. Cedok nasik sendiri, cedok lauk sendiri.
Lauk pauk adalah seperti ayam kampung, ikan bakar, kuah asam, ulam - ulaman macam kacang botor, jantung pisang, ulam pegaga, pucuk ubi. Ada sambal belacan, tempoyak, gulai daging, gulai ayam, gulai ikan, gulai daging bakar, macam - macam jenis sayur arghh...aku lupa dan banyakkkkk lagi!
Jadi, silalah tatapi gambar2 yang aku cilok dari blog ini.

Recommended : Ayam Kampung

Sambal belacan yang pedasss

Yang ni mantopppppp

Faveret member aku - daging bakar. Ke daging goreng?


Pucuk Paku (untuk yang tak kenal sayur pucuk paku)

*Kredit untuk gambar - gambar dari blog Fried Chillies

Hari tu aku ambik ayam kampung, ulam kacang botor, jantung pisang cicah dengan tempoyan dan sambal belacan.
Campur gulai sikit, dengan sambal lada kacang tu (orang panggil sambal jawa).
Pergh....berair hidung makan..Member aku lak ambik gulai daging bakar, dengan sayur pucuk ubi.
Total makan dalam RM13 lebih. Air lain lain kira tau. Restoran ni buat makanan je, so kena order air kat gerai lain.

Sangatlah aku recommend pada yang rindu nak makan masakan kampung, nak merasa makan di bawah pokok sambil angin bertiup sepoi - sepoi bahasa...inilah tempatnya. Pergi jangan tak pergi.