Sunday, May 1, 2011

Restoran Baser

Ok, jalan2 cari makan lagi.
Terigin nak makan Nasik Ayam?
Selain dari Nasik Ayam yang sedap lagi heaven kat PJ SS2 tu, ni ada satu lagi yang best.
(tapi sure tak boleh lawan nasik ayam SS2 lagi kan!) - Restoran Baser.

Terletak di Puchong, dekat dengan DHL dan berhadapan dengan kilang Haier.
Ok, ni map dia yang aku ambik dari fb Restoran Baser ni sebab aku adalah malas untuk lukis map;



Menu terbaik, adalah;


Ye, sengaja aku sengetkan gambar tu ...
Kalau kat facebook, ini link dia - Restoran Baser


Selain dari nasik ayam, sup daging dan mee rebus juga adalah sedap :)



Menu - menu terbaik ni kena cuba ;D



Dan, kalau nak datang makan masa bulan puasa, kena laa booking dulu sebab sememangnya ramaiiiiii sekali dan sentiasa penuh sampai kena open table kat luar kedai.
Restoran Baser ni adalah milik seorang Cina Muslim, dan bagus sebab kedainya bersih dan ada surau disediakan untuk pelanggan :)



Masa booking untuk bulan puasa tu, kena order sekali la menu yang nak makan hari tu.
Aku dengan geng pernah gi makan masa bulan puasa, dan ini yang kami order;


 Dan dessert ni, dia bagi percuma. Yelah, kan sunat makan manis2 sebelum berbukak kan...

Karipap dengan kuih bingka tu aku beli sendiri laa...

Restoran Baser ni famous kat Johor, dan bila dia dah bukak cawangan kat KL ni, haruslah pergi cuba kan.

Nasik Pakapau

Ada yang belum pernah dengar Nasik Pakapau??
Bagi orang PJ, terutamanya SS17, Nasik Pakapau ni tak asing lagi bagi rakyat2 PJ...hehehehe...


Istimewanya Nasik Pakapau ni, ialah ianya tak terdapat di tempat yang lain selain SS17.  :)
Harga dia pun RM3.50 je. Apa yang istimewanya pasal nasik ni?
Nasik ni cuma ada telur dadar dengan daging cincang. Dan jugak disertakan dengan sup kosong bersama timun dan sambal belacan. Tu yang mantopp tuh!

Ok, kalau nak tau kat mana, nih aku dah attached google maps ni, terletak di PJ SS17, sebelah dengan Universiti Malaya, dan dekat dengan kilang Dutch Lady.
Kalau korang dari SS2, kena lalu bulatan yang dekat hotel Lisa D In tu, belok kiri, lepas tu masuk simpang pertama belah kiri, straight, kemudian masuk simpang kedua belah kanan, straight je kat jalan tu, dan korang akan nampak gerai Nasik Pakapau tu belah kanan;

 Gambar ni aku curik dari fb member aku

Ok, aku malas nak lukis map, aku snip google maps je la ek. Kalau aku dah rajin esok2, aku lukih laa maps tu...

Yang aku bulatkan tu, kat situ la tempatnya...

Bila dah lama tak makan kat Nasik Pakapau, tu yang jadi rindu nak makan situ...
Tengok member aku sorang ni, bila dapat makan nasik pakapau...

Tak toleh kiri kanan dahhh....


Bila lagi dapat makan Nasik Pakapau ni geng...huhuhuhu...

Ni pun gambar curik dari fb Rafezah :D

Bunga = Perempuan, Perempuan = Bunga

Wahai kaum lelaki....
Kalau bini atau aweks anda merajuk,
Bagi je bunga.....


Gerenti hilang le merajuk....
Pompuan mana yang tak suka bunga???


Aku paling suka bila dapat bunga...
Lagi suka bila orang yang dicintai bagi kan...


Maksud warna bunga;
  • Yellow: A yellow flower is a symbol of happiness, friendship, enthusiasm, luxury, success, pride and treachery. It also represents the jealousy.
  • Red: A red flower is a favorite of youth as it represents an essence of emotions such as love and passion. It is also a symbol of courage, desire, admiration, constancy and respect. A red flower is a token of youth and enthusiasm.
  • Orange: You can represent your strong love, or a satisfaction of attaining the success through an orange flower. It is also a token of desire and enthusiasm. This vibrant color conveys satisfaction, confidence and passion for life.
  • Green: This refreshing color represents resilience, youth, health and good fortune. The green flowers send a message of pleasure, renewal and optimism.
  • White: White color itself is a symbol of peace and purity. If you ask what is the meaning of white color, you will get the answer that it is a token of purity, humility, innocence and silence. It represents the heavenly, pious and sincere feelings. The white blossoms convey an elegance and modesty.
  • Pink: The elegant pink flowers attract the lovers. Pink is a color of love. And hence, offering a pink flower expresses your love and passion for the other person. A light pink flower is a symbol of delicacy, gentleness, grace, admiration and confidence. A dark pink flower represents the emotions such as gratitude and appreciation.
  • Lavender: A lavender flower represents beauty, solitude and admiration. The lavender flowers are a token of grace, refinement and elegance. The lavender blossoms convey a message of a feminine beauty.
  • Peach pink: If you wish to express your sympathy, gratitude friendship or gentleness, then you can offer a peach pink flower.
  • Purple: This color is associated with the royalty and ceremony. The purple flower is a token of pride, dignity and success. The purple blooms represent admiration and accomplishment.
  • Blue: The blue flowers can reduce stress and worries. They represent serenity, openness and peace. A blue flower offers a cooling effect. It is a perfect gift that promotes the muse of an artist, poet or musician. The blue flowers can be a unique gift to boost the inspiration.


Wahai kaum lelaki,
Bagilah bunga kepada wanita anda,
Bukan saja pada harijadinya, hari ibu, atau wedding anniversary...
Tetapi juga di saat apabila anda membuat dia terluka, atau terasa...
Pasti hatinya akan cair...
Percayalahhhhhh.....hehehehe...

Sanctum

Ok, dah lama sebenarnya aku nak ulas pasal filem ni.
Tapi asyik tangguh je, katanya sibuk la konon kan.
So, jadi la entry basi. Patut tulis tajuk, "Entry basi - Sanctum".
Tapi nanti kang, orang salah baca, ingat ke aku kata filem Sanctum tu citer basi kan.
Nanti tak pasal2 aku kena pukul dengan peminat James Cameroon. Wahahaha......

Ok, selepas kejayaan besar James Cameron untuk filem Titanic dan Avatar (sebenarnya ada banyak lagi filem
dia yang best2 macam The Terminator, The Judgement Day, Piranha dll), beliau pun buat le filem Sanctum ni.



Pada aku, filem ni memang menyayat hati sebab ada adegan yang bila korang tengok, memang sedih sangat.
Bagi yang dah tengok tu, fahamlah apa yang aku duk meraban ni kan.
Filem ini berdasarkan kisah benar, iaitu tentang kisah penulis filem Sanctum, Andrew Right yang mengalami
pengalaman hampir maut akibat terperangkap dalam gua dasar laut semasa ekspidisi fprogram dokumentarinya.

Dan sudah tentulah, kalau cerita pasal filem James Cameron, mesti terbayang grafiknya yang cantik tu kan?
Dan macam biasalah, aku kalau ada adegan menyayat hati bila tengok filem, mula laa air mata aku ni laju je nak turun kan. Nasib dalam wayang tu gelap.
Boleh pulak member aku bantai ejek aku sebab aku nangis, poyo betul.

Aku belum dapatkan DVD Sanctum lagi, tapi aku bercadang memang nak beli laa coz Encik JK belum tengok lagi filem ni.
Filem ni secara kesimpulannya, manusia kadang2 ada masanya memang kena bersikap selfish, apatah lagi dalam keadaan terdesak macam cerita Sanctum ni kan. Dan filem ni memaparkan betapa pentingnya kerja berpasukan, hormat menghormati dan terpenting sekali ialah - kasih sayang seorang bapak terhadap anaknya...

Untuk ranking sampai 10, aku bagi 7 sebab memang best!



p/s : Sebenarnya, aku pergi tengok cerita ni bila dah nak abis tayangannya, tu pun bila baca banyak feedback member2 kat fb yang mengatakan filem ni best. Aku bila dah lebih 2 orang kata best, terus menggelepar laa nak pergi tengok kan. Siap tengok yang version 3D gitu!

Orang pompuan memang suka nangis....

Bila tengok William-Kate kawin, hati mana yang tak sebak...
Sebagai pompuan sejati, sudah tentu aku sebak...
Dan itu adalah normal ok.

Kat fb, aku ada posting video bila Kate-William tengah kissing atas balcony.
Sangat suka. Yelah, orang pompuan kan, memang suka benda2 touching ni.
Pastu dalam otak aku mula la terbayang adegan yang sama dengan Encik JK.
Hahahaha..perasannnnnnnnnnnn...



Orang lelaki ni, bukannya paham kita ni sebak sebab apa kan...



Dan perkahwinan adalah sesuatu yang indah buat kaum wanita...
Apatah lagi dapat membina mahligai dengan lelaki yang dicintai...




Pastinya, Kate adalah perempuan yang paling bertuah.
Sebab yelah, dapat kawin ngan anak raja ko..mau tak bertuah??
Tapi, kalau in the end diorang bercerai, tak bertuah la jugak. LOL!




Apapun, moga mereka kekal bahagia...sorry la, mood aku malam ni gatai sikit..muahahahahahahaha


Dah tutup???

Biasanya, kalau time aku nak mari period nih, keinginan aku adalah pelik2.
Pelik2 bukan le bermaksud nak makan babi ke, nak makan biawak ke hape. Haram tu.
Aku akan terliurkan benda yang masam2 macam asam pedas ke, tomyam ke, tomato ke.
Atau rasa nak makan cheese (selalunya burger cheese Mc'D la), atau coklat atau french fries.
Ntahla, aku pun tak paham kenapa selera aku bila nak period macam tu.
Selagi tak dapat tu, duk terbayang2, mulalaa meleleh air liur macam bayi yang mengidam sesuatu.
Okla, aku tipu je bab meleleh air liur tu. Hahahahahaha...

Dulu masa duk Puchong, aku suka satu kedai ni.
Kedai ni dalam Tesco Puchong. Nama kedai ni ialah Nooraini's.
Pemilik kilang Nooraini's yang buat biskut raya, kek tu (Puan Nooraini's).
Aku dengan housemate aku memang suka lepak kedai ni, sebab kedai ni simple je,
tapi best. Antara menu yang kitorang suka order ialah;


Ok, kat atas tu memang makan untuk 2 orang. 2 orang.
Tapi, baru2 ni setelah dah berbulan aku tak pergi makan kat kedai tu,
aku rasa sedih bila tengok kedai tu dah takde :(
Dah ganti dengan kedai lain dah...aku tak tau bila masa...

Antara menu terbaikkk dia ialah, Laksa Sarawak ;


Nasik lemak dia, bagi aku, not bad laa..but not my favorite one ;


Kalau cucur udang dia, sos dia yang paling besttt! Aku tak tau diorang buat camne sos ni, tapi memang terbaik ah! wallah!


So, bila kedai dia dah tutup ni, aku tak tau nak cari mana laksa sarawak yang best kat muka bumi KL ni.
Nanti laa aku try usha2 cawangan Nooraini's, ataupun pergi kilang Puan Nooraini tu tanya.
Selain tu, aku paling suka laksa penang dia (aduii, kecur pulak air liur aku bila teringat!) dan set lunch - Nasi lauk Singgang.
Mengada2 kan, padahal nak buat kuah singgang tu punya laa senang, nak jugak makan kat kedai.
Kiranya bila makan singgang tu, kerinduan aku pada kampung halaman terubat sikit laa..hahahaha (sebenarnya malas nak masak kan).

Kat sini aku sertakan blog mamat ni, dia pun ada cerita pasal Nooraini's ni la.
Tapi aku tak tau pulak yang dulu nama kedai ni Laksa Paradise.
So korang boleh laa tengok gambar2 yang dia ambik, terutamanya gambar laksa penang tu...

Monday, February 28, 2011

Keperluan dalam perhubungan

Sejak aku bercinta dengan second boypren aku ni, aku selalu je bising2 kat dia sebab ada banyak ketidakpuasan hati aku terhadap dia.
Kekadang aku pikir, dia tak cukup prihatin ke atau aku yang terlebih demand?
Mungkin dua2 pun betul...

Kat sini aku copy balik 3 Great Qualities of an Ideal Boyfriend dari link yang aku ambik kat sini ;

  1. Learn to compromise - An ideal boyfriend must be willing enough to compromise. This is the most important part in every relationship. Learn how to put away your pride in any circumstances. Do not avoid and run away from arguments. Learn to fix every conflict by not fighting with her and making things lighter. Be more than willing to compromise. Keep your mind open and be positive that every argument is just an obstacle that needs to be faced positively. These trials will make your relationship grow stronger as ever. Do not sleep with unfinished fights and arguments. Go to bed mutually at peace.
  2. Communicate and listen - It is always believed that an ideal boyfriend would love to have good communication and listens keenly. Sometimes, your girl might rant and nag on some issues in your relationship. Sometimes, all she wants is to overly talk on some things that have made her day very disappointing. She may have some stressful and bad day. All you have to do is sit there and listen. When she needs you to talk, say something that would ease her anxiety and sadness. Learn to say how and what you also feel, and at the same time, take most of the time listening to her.
  3. Have a life and space - Everyone needs space. Do not spend every waking hour with her. You need to talk with her and make a mutual understanding that both of you should have a life outside your relationship. Give her some space and she will also give you your space. This is one way to make her cherish every moment you spend together. This will actually make her look forward on spending another day with you. This will actually make her miss you more and more. There is always a great tendency that you begin to take each other for granted when you spend most of your time together.
Tujuan aku highlight perkara no.2 tu ialah memang kalau nak mengekalkan apa2 perhubungan sekalipun, communication tu penting. Memang orang pompuan ni hakikatnya banyak cakap, kekadang apa yang dia duk cakap pun dia tak tau, sebab dah terlalu banyak bercakap. Dan lelaki biasanyanya cakap benda2 penting je (tapi dalam kes boypren aku, dia yang banyak cakap dari aku).

Yelah, orang pompuan ni biasanya cakap benda yang remeh temeh, yang tak penting bagi orang laki, tapi sebenarnya orang pompuan ni nak luahkan perasaan dia je.
Contoh macam aku, kekadang tu aku mengaku yang aku cuma nak berleter je tentang perkara yang takde sangkut paut dengan hubungan aku dengan boypren aku, tapi bila boypren aku macam nak tak nak je dengar, tu yang potong stim aku nak bercerita...

Tapi lepas gaduh dan gaduh tentang benda yang sama tempohari, aku harap boypren aku faham kenapa aku membebel pasal ni kat dia. Aku ni tak banyak cakap, tapi kalau aku tetiba banyak cakap, ada laa benda yang tak kena tu...