Sunday, May 1, 2011

Sanctum

Ok, dah lama sebenarnya aku nak ulas pasal filem ni.
Tapi asyik tangguh je, katanya sibuk la konon kan.
So, jadi la entry basi. Patut tulis tajuk, "Entry basi - Sanctum".
Tapi nanti kang, orang salah baca, ingat ke aku kata filem Sanctum tu citer basi kan.
Nanti tak pasal2 aku kena pukul dengan peminat James Cameroon. Wahahaha......

Ok, selepas kejayaan besar James Cameron untuk filem Titanic dan Avatar (sebenarnya ada banyak lagi filem
dia yang best2 macam The Terminator, The Judgement Day, Piranha dll), beliau pun buat le filem Sanctum ni.



Pada aku, filem ni memang menyayat hati sebab ada adegan yang bila korang tengok, memang sedih sangat.
Bagi yang dah tengok tu, fahamlah apa yang aku duk meraban ni kan.
Filem ini berdasarkan kisah benar, iaitu tentang kisah penulis filem Sanctum, Andrew Right yang mengalami
pengalaman hampir maut akibat terperangkap dalam gua dasar laut semasa ekspidisi fprogram dokumentarinya.

Dan sudah tentulah, kalau cerita pasal filem James Cameron, mesti terbayang grafiknya yang cantik tu kan?
Dan macam biasalah, aku kalau ada adegan menyayat hati bila tengok filem, mula laa air mata aku ni laju je nak turun kan. Nasib dalam wayang tu gelap.
Boleh pulak member aku bantai ejek aku sebab aku nangis, poyo betul.

Aku belum dapatkan DVD Sanctum lagi, tapi aku bercadang memang nak beli laa coz Encik JK belum tengok lagi filem ni.
Filem ni secara kesimpulannya, manusia kadang2 ada masanya memang kena bersikap selfish, apatah lagi dalam keadaan terdesak macam cerita Sanctum ni kan. Dan filem ni memaparkan betapa pentingnya kerja berpasukan, hormat menghormati dan terpenting sekali ialah - kasih sayang seorang bapak terhadap anaknya...

Untuk ranking sampai 10, aku bagi 7 sebab memang best!



p/s : Sebenarnya, aku pergi tengok cerita ni bila dah nak abis tayangannya, tu pun bila baca banyak feedback member2 kat fb yang mengatakan filem ni best. Aku bila dah lebih 2 orang kata best, terus menggelepar laa nak pergi tengok kan. Siap tengok yang version 3D gitu!

No comments:

Post a Comment