Sunday, July 31, 2011

Plan Hampir Gagal

Setiap kali outstation, setiap kali tulah plan diet aku gagal.
Jadi siapa yang harus dipersalahkan di sini?
Utara ke, selatan ke, selera makan aku tak pernah pudar.
Dan sebenarnya aku tak tau masa bila selera makan aku kelihatan pudar.






Oh, outstation ke JB hari tu bermalam di hotel The Zon.
Sudah jatuh cinta dengan hotel itu :)
Rasa sangat romantik bila kat hotel tu.
Oleh kerana masa tu aku merajuk lagi dengan Man, so feeling agak touching sikit laa.
Teringat kat dia, dan tetiba rasa nak ajak dia berbulan madu kat situ.
Lepas kawin laa, of course. Jangan fikir bukan - bukan ye.

The Zon betul - betul sebelah Laut Stulang.
Kat bawah hotel, ada shoping mall free duty zon.
Kedai - kedai makan pun banyak, antara yang glamer ialah Sayam.
Mostly, sea food laa ada kat sini.
Bagi kaki2 clubbing, sebelah hotel ada banyak club untuk dikunjungi.
Tapi yang paling best, aku memang rasa romantik bila duduk kat hotel ni.
 Sukaaa :D







Setelah 2 minggu berturut - turut kepenatan sebab outstation, hari ni aku berpeluang spend time alone dengan bayar bil, bayar itu, bayar ini dan have a lil shopping. Sebab esok mau puasa, jadi hari ni kita diet sikitlah...



Ini adalah gambar sebelum nasi goreng ayam sampai ;D

No comments:

Post a Comment