Monday, May 9, 2011

3 Idiots



Cerita ni release tahun 2009, tapi aku cuma berkesempatan tengok pada tahun - 2011.
Sebenarnya, aku tak tau menau pun pasal fime ni, tapi masa bulan Disember 2010 tu, ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii yang posting kat fb pasal betapa bestnya cerita ni, so aku pun apa lagi, tak senang duduk la kan.
Orang lain dah tengok banyak kali, siapa komen kata best lagi, so aku nak jugakkkkkkk tengok.
Mesti.

Tapi nak dapatkan kepastian lagi sekali, so aku sendiri yang buat posting pasal cerita ni.
Nak tanya facebookers aku, ye ke best sangat cerita ni?
Korang baca laa apa yang diorang komen;




 Dah 11 orang dah kata best...
Eh, ada lagi yang kata filem ni best;


So total 16 orang kata best.
Jaid harus laa aku nak pergi dapatkan dvd kan.
Tapi pencarian tak berhasil.

Dan sampai lah ke bulan 4, iaitu baru - baru ni.
Member aku, si Azi tu, tengah malam buta tiba - tiba sms aku, kata, "Aku dah beli vcd 3 idiots. 18 hengget, ori punya".
Apakah motif?? Malam - malam buta sms aku semata - mata bagitau dia dah beli vcd cerita tu, siap mention harga lagi???
Aku dengan bengang nye mereply, "Dah tu tak reti - reti lagi tolong belikan untuk aku sekali? Nanti aku bayar laa".
Ya, motif sms aku malam - malam buta, siap mention harga lagi, ialah nak buat aku rasa jeles kan. I know ok.
So, aku paksa si Azi tu belikan, mesti ada sebelum dia balik KL.
Tapi hampeh punya Azi, dia kata dah habih. Yang cet** rom*** ada laa. Dia tanya aku, "Ko nak??"
Aku tak kisah, tapi kalau gambar kelabu asap, buat apa. Rugi duit je. 8 hengget pun, tetap rugi.
Takpe, ada cara lain. Burn laa, apa lagi.

So, hari Sabtu tu, lepas teman si Azi shopping kat Tesco Damansara, aku pun pegi lepak rumah dia, sementara nak tunggu pukul 8 nak pegi dating.
Cerita ni, bolehlaa aku katakan, MEMANG BEST, as mentioned by facebookers.
Kelakar, sedih. Tapi bagi aku, sedih tu lebih. Sebab air mata aku banyak keluar dari aku gelak.
So, sedih la cerita ni, dan best.


Mengisahkan 3 sahabat, satu kolej, satu bilik yang datang dari latarbelakang yang agak berbeza.
Si Amir Khan tu anak orang kaya, sorang lagi, anak orang miskin dan sorang lagi, keluarga sederhana.
Amir Khan ni orangnya nakal, selamba, tapi  baik hati. Dia sangat baik pada kawan2 dia, terutama 2 orang tu lah. Macam - macam kisah diorang kat kolej tu, ada yang sedih, ada yang kelakar. Tapi setiap adegan tu memang terasa kesan di hati. 

Filem ni sarat dengan banyak pengajaran. Siapa yang dah tengok tu, tau le. Terutama dia tekankan betapa pentingnya kita pilih pilih cita2 berdasarkan apa yang kita minat, bukan apa yang orang lain suruh, atau pilihkan untuk kita. Dan filem ni juga mengajar yang miskin bukanlah penghalang untuk kita capai kejayaan, yang menghalang adalah sifat putus asa.


Si Amir Khan ni banyak tolong kawan - kawan dia, sebab tu diorang sayang sangat dengan dia.
Bila hari konvo, si Amir Khan ni hilang, dan lost contact dengan kawan2 dia selama 10 tahun...
Lepas 10 tahun, baru diorang tau, siapa sebenarnya Amir Khan ni, dan kenapa dia hilangkan diri lepas hari konvo tu.
Yang kelakar bagi aku, adalah dialog cerita ni. Memang best.
Dan aku memang recommend sangat - sangatlah cerita ni. Tak rugi woo beli...

p/s : yang belah kiri tu muka macam JK. Hahahahaha....

No comments:

Post a Comment