Monday, May 23, 2011

Nur Kasih



Aku tak sangka, aku boleh pergi tengok filem Nur Kasih ni sorang – sorang, Ahad tu.
Ok, sebenarnya, dulu aku plan nak gi tengok dengan member aku yang kat Putrajaya tu laa.
Tapi oleh kerana dia dah balik kampong, so aku takde geng nak gi tengok filem ni.
Dan aku jugak tengah merajuk dengan Man. Dia pun tak telefon aku since Jumaat tu, so aku pun diam je lah.

Aku memang plan nak pegi minggu ni, tapi kecewa sikit bila member aku kata tiket untuk Nur Kasih dah sold out sampai 25hb. Aku dah macam, aik?? Biar bebenor? Takkan dahsyat sekali sampai camtu??

So oleh sebab aku memang nak pegi umah member aku kat Puchong sebab nak ambik barang, so aku gerak laa.
Dah lepak2 kat sana sejam, aku balik. Hajat di hati nak singgah IOI, so pergi la menyinggah sana.

Laju je kaki aku naik tingkat atas ke GSC. Bila aku tengok tiket untuk Nur Kasih available lagi, aku pun gamble je beratur. Tengok orang sekeliling, semua pegi dengan partner or kawan2. Terasa diri aku ni macam alien pulak sebab pegi tengok wayang sorang2, citer Nur Kasih, pada hari minggu. WTH.

Dan2 turn aku kat kaunter tu, mamat tu kata tiket citer tu habis. Aku dah macam alaa….time aku beratur tu, aku tengok kat screen, tulis “Selling fast” je, bukan “sold out” pun. Benci tau. Aku macam tak puas hati, aku tengok seat, ada lagi kosong. Aku cakap la kat mamat kaunter tu, “Ni ada kosong lagi ni”. Pastu dia tengok, dia kata, “tu seat satu je. Sorang je ke??” sambil buat muka confuse dan kiurosity. Fine. Aku tau mesti dalam hati ko cakap, “Takkan layan sorang2 je, biar betul??”. So what?? I pay for the ticket, damn you give it to me! Emo sebab terasa diejek2 oleh orang sekeliling, aku pegi tengok Nur Kasih sorang2.

Kombo 6, macam biasa dan masuk pukul 3. Ye, memang aku je yang sorang2 tak bercouple tengok citer ni. Rasa macam bongok pun ada. Tapi alang2 dah ada kan, layan jela. Aku feel konon2 aku ni wartawan yang tengah review filem untuk kolum “Filem dari kacamata saya”.


Nampak muka Adam dengan Nur je, aku dah feeling sedih, konon2 aku dengan Man la. Tak kuasa.
Tapi bagi aku, untuk yang sememangnya mengikuti filem ni, kena tengok laa sebab rindu nak tengok drama Nur Kasih kan. Jangan expect apa2 la, aku rasa dia nak sambung dari last part drama dulu, dan mengubati rindu peminat2 pada drama ni. Jalan cerita senang faham, simple je tapi macam biasa, banyak unsur sedih yang merobek hati wanita………Ok, citer ni sesuai untuk orang perempuan je aku rasa, dan kalau aku ajak Man tengok, mesti dia tak nak walaupun aku belanja dia.

Ada part yang menyindir yang aku suka, iaitu part bila Adam jemput sorang Ustaz untuk bagi ilmu agama pada budak2 jalanan yang takde hala tuju. Kerek je muka Ustaz tu, seolah2 bila dia banyak tahu pasal agama, dia tu manusia pilihan Allah dan anggap orang lain yang jahil adalah tak layak untuk dia bagi dakwah. Dia kata dia tak nak start selagi budak2 tu tak tutup aurat dan ada yang duduk bercampur gaul  lelaki perempuan. Adam kata, takkan dakwah ustaz tu terhad pada ahli surau je? Bagaimana dkawah ustaz nak mendekati remaja macam diorang? Tetaplah Ustaztu dengan kerek dia, tak nak bagi ceramah dan blah dari situ. So, Adam pun kecewa….

Part lagi satu yang aku suka ialah bila Nur nak pegi cari keje sebab nak tanggung kos pembedahan Adam. Nur pergi interview untuk projek architecture dan projek tu ialah bina bangunan kelab malam di KL. Bila Nur tau je, Nur terus tolak dan mamat Jehan Miskin tu dengan lasernya sound Nur, “Nilah pemikiran orang Melayu, macamana nak maju kalau berfikiran sempit dalam business?”. Pastu Nur pun jawab kat mamat tu, “Rezeki saya dia tangan Allah, bukan di tangan encik”. Pastu mamat yang laser tu terpaku kat kerusi macam kena panah petir.

Boleh pulak dah nangis2 bagai, dalam handbag aku takde tisu???? Nak kesat ngan baju kang, orang sebelah aku tau pulak aku tengah nangis kan. Ces. Tengah feeling tu, Man pulak tipon, kacau je. Time nilah sibuk nak tipon. Sebab dah 2 hari ignore call dia, aku angkat la call dia hari tu. Dengar tak dengar je suara dia sebab dalam panggung kan, bising. Lagipun aku tengah focus pada citer. Yang aku dengar camtu – camtu je dia kata, siang malam , hujan panas, ribut petir teringat kat aku (ayat nak pujuk laa tu). Aku dah macam, ha? Apa dia? Macam pekak je sebab tak dengar kan. Kecewa respon aku tak bagus, dia kata nanti dia tipon aku malam sikit. Aku pun terus ok, letak call dan sambung tengok Nur Kasih. Hehehehe…

Filem Nur Kasih ni sampai Nur tu dah tua tau, dan Adam pun dah meninggal. Aidil dah ada cucu dah pun. So, aku tak rasa laa ada lagi sambungannya dalam masa terdekat, tapi tak taulaa kalau Khabir Batia nak sambung lagi citer pasal anak Nur pulak yang macam Adam masa muda2. Cuma, citer Nur Kasih ni sesuai buat sequel drama, bagi aku.


Aku masa first time tengok citer ni, masa kat kampong. Tengok mak dan adik2 aku ralit je tengok kan, aku Tanya la, “citer apa ni?” Diorang kata tengok laa dulu, best. Aku pun tengok laa. Lepas tu, terus melekat sampai habis drama tu…sangat sukee….hihihihi..dan dulu ada satu kuiz kat fb pasal watak dalam Nur Kasih ni, aku tak tau laa sapa yang create kuiz tu, tapi aku dapat watak Aidil. Wah, penyabar ke aku ni macam Aidil??? No, no , no…I know myself very well….Cuma aku ni cepat mengalah dengan adik beradik kot, yang tu sama laa macam Aidil.

So, kesimpulannya, untuk yang suka drama Nur Kasih, patut pergi tengok sebab sinematografinya cantik macam drama dulu, dan sebab aku tau peminat drama Nur Kasih rindu nk tengok citer ni, so pergilah tengok, ok.

No comments:

Post a Comment