Wednesday, May 4, 2011

Restoran Nasi Ayam Kampung A. Hassan

Hari tu, member aku ajak lunch together - gether.
Dia baru sampai dari kampung,  tapi kereta dia member dia pinjam, so dia suruh la aku pergi ambik dia.
Aku pun pergi la menuju ke Cheras..sebab orang nak belanja lunch kan, harussss lah bergerak laju.

Dia bawak aku ke medan selera di Cheras.
Punyalaaa ramainya orang! Walaupun hari tu hari cuti (Hari Pekerja).
Tapi sepanjang aku berkawan dengan member aku ni, dia ni kira pakar cari tempat2 makan yang best.
Belum pernah aku kecewa dengan tempat2 makan yang dia bawak (atau sebenarnya aku tak pernah kecewa sebab dia je yang selalu belanja aku?).

Dan aku selalunya percaya pada tempat2 pilihan dia.
Kedai makan ni namanya Restoran Nasi Ayam Kampung A. Hassan.
Terletak di Cheras, dan kawasannya adalah luas sekali....
Member aku kata dulu tokey dia menyewa kat lot kedai makan je..
Tapi bila aku datang hari tu, dah terpacak bangunan warna hijau kat sebelah lot kedai makan dia tu..
So maknanya, dah kaya laa tokey dia. Dah ada bangunan sendiri beb...

Aku duduk makan dengan member aku kat port bawah pokok tu, so takdelaa aku nak ambik gambar kan.
Plus, aku adalah blogger yang malu2 untuk mengambil gambar, tapi tak malu untuk buat posting di blog.
Jadi, gambar2 yang aku letak kat sini adalah dicuri secara tak sengaja di tuan punya blog ini - Fadhil Isma dan Honey. Kredit for both of them.

Ada 2 tingkat untuk tempat makan pelanggan

Aku tak makan kat bangunan ni, aku makan kat sebelah depan bangunan.
Sebab member aku tu katanya nak feeling ala2 makan kenduri.
Sebab yang bahagian luar tu, meja2 makan diletakkan kat bawah pokok.
Setiap meja makan, ada payung besar. Ala, payung gerai tu.
Lepas makan je, pekerja2 kat situ kutip pinggan mangkuk, letak dalam besen.
So memang confirm la feeling ala - ala makan kat kenduri kan.
Tambah pulak angin kuat, fuh...nyaman je rasa.

Yang datang ke restoran ni, bukan sahaja Melayu, Cina pun ramai.
Aku tengok sampai berpeluh2 diorang makan.
Bila aku sampai je kedai tu, terus mata aku terpandang ayam kampung.
Pehh....terus capai nasik lepas tu!

Kat kedai tu mengamalkan self service. Cedok nasik sendiri, cedok lauk sendiri.
Lauk pauk adalah seperti ayam kampung, ikan bakar, kuah asam, ulam - ulaman macam kacang botor, jantung pisang, ulam pegaga, pucuk ubi. Ada sambal belacan, tempoyak, gulai daging, gulai ayam, gulai ikan, gulai daging bakar, macam - macam jenis sayur arghh...aku lupa dan banyakkkkk lagi!
Jadi, silalah tatapi gambar2 yang aku cilok dari blog ini.

Recommended : Ayam Kampung

Sambal belacan yang pedasss

Yang ni mantopppppp

Faveret member aku - daging bakar. Ke daging goreng?


Pucuk Paku (untuk yang tak kenal sayur pucuk paku)

*Kredit untuk gambar - gambar dari blog Fried Chillies

Hari tu aku ambik ayam kampung, ulam kacang botor, jantung pisang cicah dengan tempoyan dan sambal belacan.
Campur gulai sikit, dengan sambal lada kacang tu (orang panggil sambal jawa).
Pergh....berair hidung makan..Member aku lak ambik gulai daging bakar, dengan sayur pucuk ubi.
Total makan dalam RM13 lebih. Air lain lain kira tau. Restoran ni buat makanan je, so kena order air kat gerai lain.

Sangatlah aku recommend pada yang rindu nak makan masakan kampung, nak merasa makan di bawah pokok sambil angin bertiup sepoi - sepoi bahasa...inilah tempatnya. Pergi jangan tak pergi.



No comments:

Post a Comment