Saturday, June 4, 2011

Giving Up

“Giving up doesn’t always mean you are weak. Sometimes it means that you are strong enough to let go. It takes a minute to like someone, and hour to love someone, but to forget someone takes a life time.”

Tako Tao

Ok, dulu aku tak ambik port sangat pasal makanan Jepun ni sebab aku tak gemar makan Sushi.
Ok, ayat tak habis. Aku tak gemar makan sushi yang murah, takleh telan. Kalau sushi yang kat hotel tu, tekak aku boleh menerimanya. Aku pun tak tau kenapa. Hehehehe....

Kalau makanan Jepun, aku paling suka sekali Teppanyaki laa.
Biasa suka makan Teppanyaki kat The Curve dan Pavillion.
Kalau kat The Curve tu, tak mahal sangat, satu set dalam RM12.90.
Kalau kat Pavillion, dua orang makan dah lebih kurang RM80 tau.

Nak citer pasal makanan kegemaran ramai ni, Tako Tao.


First time cuba yang Chicken and Cheese, adalah sangat sedapppppppppp :)
Rasa tak cukup pulak 3 ketul kan. Nyesal tak beli dua kotak.
So, besoknya decide nak beli 2 kotak. Gila tamak. Hahahaha.
Oh, Tako Tao ni dijual di Jaya Jusco je dan bukan semua cawangan JJ ada tau. Boleh tengok kat laman web sini - http://takotao.com/main/

Aku sempat laa tengok cara dia buat kan. Campuran bancuhan tepung (macam nak buat cekodok gitu), dimasukkan dalam acuan pembakar separuh bulat. Lepas tu, tukang masak tu ada masukkan keju yang dipotong kecik2, daging nipis seketul, udang sekor, hirisan kobis dan ada lagi yang aku tak sempat tengok. So, bahan2 ni disatukan dalam bancuhan tepung tu, dalam acuan pembakar, dan digolekkan supaya jadi bentuk bebola. Dan, yang jadi sedapnya, bila dah siap dimasak, ditambah dengan kicap Jepun, wasabi, mayonis dan fish flake. Aku pun tak pasti fish flake tu apa, tapi yang penting, memang sedap :)



So, bila dah tamak, beli yang ramai orang suggest untuk cuba, Octopus.
Mula2 nak ambik 2 jenis yang lain2, tapi kena tunggu 15 minit, lama lak. Malas ok nak tunggu.
Ambik jela yang sama jenis. Tapi mungkin sebab aku makan masa dah sejuk sebab lama gila nak sampai rumah, dengan jem yang sejam setengah, Tako Tao dah sejuk :(
Tak berapa best. Tapi tetaplah licin jugak. Hehehehe.

Kalau nak buat sendiri pun ok kot, tapi tak tahu bancuhan tepung tu, camne?
Nak tanya orang yang masak tu, confirm laa dia dah angkat sumpah tak bocorkan resepi Tako Tao kan.
So, agak2 sendiri laa, try test buat, jadi ke tak.
Lupa nak bagitau, harga sekotak untuk 3 ketul Tako Tao ialah RM4.50, which is dulu harganya RM4.30.
Kalau nak extra mayonis ata fish flake, kena tambah 50sen, dulu 30sen.
Naik harga pun, ramai je orang nak beli aku tengok. Sebab sedap kan.


Mistakes


"Everybody makes mistakes, that's why they put erasers on pencils"

Monday, May 23, 2011

Nur Kasih



Aku tak sangka, aku boleh pergi tengok filem Nur Kasih ni sorang – sorang, Ahad tu.
Ok, sebenarnya, dulu aku plan nak gi tengok dengan member aku yang kat Putrajaya tu laa.
Tapi oleh kerana dia dah balik kampong, so aku takde geng nak gi tengok filem ni.
Dan aku jugak tengah merajuk dengan Man. Dia pun tak telefon aku since Jumaat tu, so aku pun diam je lah.

Aku memang plan nak pegi minggu ni, tapi kecewa sikit bila member aku kata tiket untuk Nur Kasih dah sold out sampai 25hb. Aku dah macam, aik?? Biar bebenor? Takkan dahsyat sekali sampai camtu??

So oleh sebab aku memang nak pegi umah member aku kat Puchong sebab nak ambik barang, so aku gerak laa.
Dah lepak2 kat sana sejam, aku balik. Hajat di hati nak singgah IOI, so pergi la menyinggah sana.

Laju je kaki aku naik tingkat atas ke GSC. Bila aku tengok tiket untuk Nur Kasih available lagi, aku pun gamble je beratur. Tengok orang sekeliling, semua pegi dengan partner or kawan2. Terasa diri aku ni macam alien pulak sebab pegi tengok wayang sorang2, citer Nur Kasih, pada hari minggu. WTH.

Dan2 turn aku kat kaunter tu, mamat tu kata tiket citer tu habis. Aku dah macam alaa….time aku beratur tu, aku tengok kat screen, tulis “Selling fast” je, bukan “sold out” pun. Benci tau. Aku macam tak puas hati, aku tengok seat, ada lagi kosong. Aku cakap la kat mamat kaunter tu, “Ni ada kosong lagi ni”. Pastu dia tengok, dia kata, “tu seat satu je. Sorang je ke??” sambil buat muka confuse dan kiurosity. Fine. Aku tau mesti dalam hati ko cakap, “Takkan layan sorang2 je, biar betul??”. So what?? I pay for the ticket, damn you give it to me! Emo sebab terasa diejek2 oleh orang sekeliling, aku pegi tengok Nur Kasih sorang2.

Kombo 6, macam biasa dan masuk pukul 3. Ye, memang aku je yang sorang2 tak bercouple tengok citer ni. Rasa macam bongok pun ada. Tapi alang2 dah ada kan, layan jela. Aku feel konon2 aku ni wartawan yang tengah review filem untuk kolum “Filem dari kacamata saya”.


Nampak muka Adam dengan Nur je, aku dah feeling sedih, konon2 aku dengan Man la. Tak kuasa.
Tapi bagi aku, untuk yang sememangnya mengikuti filem ni, kena tengok laa sebab rindu nak tengok drama Nur Kasih kan. Jangan expect apa2 la, aku rasa dia nak sambung dari last part drama dulu, dan mengubati rindu peminat2 pada drama ni. Jalan cerita senang faham, simple je tapi macam biasa, banyak unsur sedih yang merobek hati wanita………Ok, citer ni sesuai untuk orang perempuan je aku rasa, dan kalau aku ajak Man tengok, mesti dia tak nak walaupun aku belanja dia.

Ada part yang menyindir yang aku suka, iaitu part bila Adam jemput sorang Ustaz untuk bagi ilmu agama pada budak2 jalanan yang takde hala tuju. Kerek je muka Ustaz tu, seolah2 bila dia banyak tahu pasal agama, dia tu manusia pilihan Allah dan anggap orang lain yang jahil adalah tak layak untuk dia bagi dakwah. Dia kata dia tak nak start selagi budak2 tu tak tutup aurat dan ada yang duduk bercampur gaul  lelaki perempuan. Adam kata, takkan dakwah ustaz tu terhad pada ahli surau je? Bagaimana dkawah ustaz nak mendekati remaja macam diorang? Tetaplah Ustaztu dengan kerek dia, tak nak bagi ceramah dan blah dari situ. So, Adam pun kecewa….

Part lagi satu yang aku suka ialah bila Nur nak pegi cari keje sebab nak tanggung kos pembedahan Adam. Nur pergi interview untuk projek architecture dan projek tu ialah bina bangunan kelab malam di KL. Bila Nur tau je, Nur terus tolak dan mamat Jehan Miskin tu dengan lasernya sound Nur, “Nilah pemikiran orang Melayu, macamana nak maju kalau berfikiran sempit dalam business?”. Pastu Nur pun jawab kat mamat tu, “Rezeki saya dia tangan Allah, bukan di tangan encik”. Pastu mamat yang laser tu terpaku kat kerusi macam kena panah petir.

Boleh pulak dah nangis2 bagai, dalam handbag aku takde tisu???? Nak kesat ngan baju kang, orang sebelah aku tau pulak aku tengah nangis kan. Ces. Tengah feeling tu, Man pulak tipon, kacau je. Time nilah sibuk nak tipon. Sebab dah 2 hari ignore call dia, aku angkat la call dia hari tu. Dengar tak dengar je suara dia sebab dalam panggung kan, bising. Lagipun aku tengah focus pada citer. Yang aku dengar camtu – camtu je dia kata, siang malam , hujan panas, ribut petir teringat kat aku (ayat nak pujuk laa tu). Aku dah macam, ha? Apa dia? Macam pekak je sebab tak dengar kan. Kecewa respon aku tak bagus, dia kata nanti dia tipon aku malam sikit. Aku pun terus ok, letak call dan sambung tengok Nur Kasih. Hehehehe…

Filem Nur Kasih ni sampai Nur tu dah tua tau, dan Adam pun dah meninggal. Aidil dah ada cucu dah pun. So, aku tak rasa laa ada lagi sambungannya dalam masa terdekat, tapi tak taulaa kalau Khabir Batia nak sambung lagi citer pasal anak Nur pulak yang macam Adam masa muda2. Cuma, citer Nur Kasih ni sesuai buat sequel drama, bagi aku.


Aku masa first time tengok citer ni, masa kat kampong. Tengok mak dan adik2 aku ralit je tengok kan, aku Tanya la, “citer apa ni?” Diorang kata tengok laa dulu, best. Aku pun tengok laa. Lepas tu, terus melekat sampai habis drama tu…sangat sukee….hihihihi..dan dulu ada satu kuiz kat fb pasal watak dalam Nur Kasih ni, aku tak tau laa sapa yang create kuiz tu, tapi aku dapat watak Aidil. Wah, penyabar ke aku ni macam Aidil??? No, no , no…I know myself very well….Cuma aku ni cepat mengalah dengan adik beradik kot, yang tu sama laa macam Aidil.

So, kesimpulannya, untuk yang suka drama Nur Kasih, patut pergi tengok sebab sinematografinya cantik macam drama dulu, dan sebab aku tau peminat drama Nur Kasih rindu nk tengok citer ni, so pergilah tengok, ok.

Saturday, May 21, 2011

Flaming Steamboat

Dah lama nak buat entry ni, tapi macam biasa laa, buat  - buat buzy konon takde masa.
Padahal aku sememangnya malas.
Oklah, aku nak cerita ni. Ni tahun bila pergi makan ni?
Rasa - rasanya tahun 2010 kot? Around May 2010.
Member aku yang suggest makan kat sini. So aku dengan housemate aku ok je.
Sebab kitorang pun tak pernah cuba kan.
Hmm..rindunya nak pergi jalan - jalan cari makan macam ni...

Flaming Steamboat ni terletak sebelah Sunway Pyramid je. Restaurant ni dekat hujung blok pertama, menghadap jalan. Nak pergi sini, kalau drive, parking kena bayar ok. Tak silap aku dalam RM5 camtu.
Makan ala - ala buffet. Second time aku pergi sini ialah dating second time dengan Man. Hehehehe...tak boleh lupa yang tu, sebab dating kali kedua tu yang paling istimewa sekali. Hehehehe...

Ok,. aku bukan nak cerita pasal tu, aku nak cerita pasal Restoran Flaming ni.
Oleh kerana makan ala buffet, so untuk seorang, kena bayar RM22.50.
Ni harga masa aku pergi bulan May 2010 ok. Start Januari 2011 ni, dah naik harga jadi RM23.80 seorang.


Ni masa pergi makan 3 orang. Kenyang yarabbi..tak payah cakaplah. Sampai aku surrender.
Choice untuk seafood banyakkkkk sangat, sampai ada 3 bahagian. Masa mula - mula pergi, semua aku ambik. Memang spesies tamak kan. Ada laa balance tak habis, tapi tak banyak laa. Aku ambik nasik goreng lah, mee goreng lah, ayam goreng lah. Member aku kata, makanan yang macam tu hari - hari pun makan, so dia ambik seafood yang mahal - mahal je. Yelah, masa tu aku baru balik kerja lagi, mau tak kebulur kan. Sebab tu tamak haloba.

 Keji kan member aku, yang dia punya semua letak dalam sup tomyam, yang aku punya dia letak dalam sup biasa je. Hampeh.

Environment kedai ni memang bagus. Kalau nak makan kat dalam, ada air cond. Kalau nak smoking, makan kat luar. Masa dating second time dengan Man, mesti kitorang duk luar punyalah, sebab Man kan smoking kan. Masa tu malu - malu je aku nak masak steamboat tu depan dia. Kontrol je aku, menyampah. Kalau ingat - ingat balik, rasa nak muntah pulak. Sikit pulak aku makan malam tu, tak macam aku yang biasa. Sambil makan, sambil flirt Man. Hiii....apa nak jadi aku ni....

Okay, sambung cerita pasal Flamingo. Kedai ni bukak hari - hari, dari pukul 5 petang sampai 12 malam, dan biasa hari minggu, ramai je orang, silap - silap kena booking kalau datang lepas Maghrib. Aku rasa, kalau nak bawak family jauh datang makan sini, sangatlah sesuai sebab puas hati, ko bayar RM23.80 untuk makan segala benda.


Antara menu selain dari seafood adalah macam kuih, mee goreng, nasi goreng, lauk ayam rendang, fast food pun ada, dessert macam ais kacang, marshmallow, aiskrim, dan macam - macamlah! Korang boleh tengok kat sini. Masa pergi dengan budak - budak tu, diorang suka makan marshmallow dengan coklat. Aku tak gemar sangat, aku makan aiskrim je. Masa dating dengan Man, Man yang ambikkan aku aiskrim. Hehehehe...teringat pulak kenangan lalu..ahaks!

Heaven ni :D

Isy, bila tengok balik, rasa nak pulak :(

Dulu, dia bukak kat Sunway je. Sekarang ni, dah ada branch baru, dekat Danau Kota, Setapak. Makan steamboat, time hujan sejuk - sejuk, bestlah aku rasa. Dan kalau nak pergi, pastikan before tu tak makan apa - apa lagi, sebab kalau datang bila perut full, rasa macam rugi je sebab tak boleh makan banyak - banyak kan. Bolehla review pendapat blogger - blogger lain di sini dan di sini.


Mee Japan warna hijau :D


Antara yang comel jadi mangsa aku ;D
Rindulah nak pergi sini lagi...kalau nak pergi pun, nak ajak Encik Man lah..heheheh...



Ayat Penghibur di Hari Tua

Macamana ek kalau kita dah tua nanti?
Aku tak pasti bila aku dah tua nanti, aku masih dengan Man atau keseorangan.
Yang pasti, aku tak nak jadi nyanyuk bila dah tua.
Aku tak nak susahkan anak - anak aku, cucu - cucu aku atau orang lain.
Aku masih nak drive kereta aku sendiri, nak pergi rumah kawan - kawan, nak pegi sana, nak pegi sini.
Ye, aku nenek yang kuat berjalan. Huhuhu...
Harap - harap lutut kaki aku okay lagi bila dah tua ;D

Macamana rupa aku dengan Man bila dah tua nanti?

dan macamana rupa member - member aku bila kami dah tua nanti? hehehehe


Harap - harap lutut aku okay lagi bila aku dah tua ;D

dan aku harap aku dengan Man akan kekal sampai mati... :)

Everybody, Somebody, Anybody, and Nobody.


This is a little story about four people named Everybody, Somebody, Anybody, and Nobody.

There was an important job to be done and Everybody was sure that Somebody would do it.

Anybody could have done it, but Nobody did it.

Somebody got angry about that because it was Everybody's job.

Everybody thought that Anybody could do it, but Nobody realized that Everybody wouldn't do it.

It ended up that Everybody blamed Somebody when Nobody did what Anybody could have done.