Saturday, May 21, 2011

Love Quote


“Man who open car door for girl reveal one thing, either car is new, or girlfriend is new”

Sunday, May 15, 2011

Janwa Thai Restaurant

Aku ingatkan kat tempat aku ni takde tempat makan best.
Akhirnyaa..jumpa juga :)
Dan aku jumpa tempat makan yang ada tomyam terbaikkkkk bagi aku.
Huhuhuhu...so agak2 bila ngidam tomyam tu, bolehla datang sini :)


Kredit untuk gambar dari blog Malaysian Foodie

Tentang review restoran ni, bolehlah baca blog Babe in the City, Malaysian Most Wanted, Malaysian Foodie, Apple Foodees, VKeong, Big Boys Oven  dan Just Phood.

Malam tu aku order Ais Cendol, Sayur Paku Pakis masak belacan, Tauhu goreng, Tomyam sayur dan ayam pandan as recommended by most blog yang aku baca. Tapi sayangnya, gambar ais Cendol takde sebab kamera aku buat hal, aku pun tak tau kenapa gambar cendol tak muncul even aku dah snap banyak kali :(

Tomyam yang berjaya mengkecurkan air liur aku ;)

Dishes pilihan aku sudah semesti nya tomyam. Makan sekali, terus jatuh cinta..sampai teringat - ingat ok. 
Ada 2 jenis tomyam, tomyam yang clear dan tomyam yang tak clear. Yang tak clear, of course laa guna pes kan, tu yang mantopp tu. Tauhu goreng bagi aku ok je, tapi bila cicah dengan sos Thai tu, jadi ummph!


Sayu paku pakis biasa je..tapi ok laa sebab portion untuk 2 orang bagi aku terlalu banyak;


Dan yang menjadi idaman blogger yang tersebut, ayam pandan yang berharga RM2 seketul. Aku ambik 2 ketul je, since member aku tu baru lepas kena penyakit gatal2, dan dia tak boleh makan ayam, aku sorang je laa makan. Quite ok, tapi takde bau pandan pun. Hehehe....but nice if you want to try :)



Sorry, gambar tak clear...heheheh

Puas hati makan kat sini, mungkin next time nak pergi lagi untuk order dish lain pulak macam kerabu ayam ke, lala masak pedas ke dan harga bagi aku reasonable, untuk dinner hari tu RM46.80 (2 orang makan). Restoran ni berdekatan dengan Tesco Kepong. Jadi silalah kunjungi ya!


Saturday, May 14, 2011

Cara nak potong Ayam

Ye, entry kali ni adalah mengenai  - AYAM.
Aku mengaku, aku tak pandai potong ayam.
Selalu kalau beli ayam kat pasar, suruh orang yang jual ayam tu je potong.
Tak pun beli ayam yang dah siap potong ikut bahagian.
Saya jujur.

Ok, kali ni aku nak posting pasal cara potong ayam.
Aku ambik dari you tube, so bolehlah belajar sama2 yek.


Ada yang potong ayam kepada 9 bahagian, 12 bahagian, 13, 16, dan macam - macam lagilah.
Tapi depends pada apa yang korang nak masak laa kan, kalau ramai yang nak makan, potong la banyak.
Tapi kalau potong banyak sangat, jadi kecik pulak, orang pun komplen.
So bagi aku, better potong dalam 9 - 13 camtu.
Biasanya ayam dipotong dalam bahagian seperti ini;

 

 Aku kalau pergi makan kat KFC, takdela cerewet sangat kalau order ayam tu.
Semua aku bedal je. Tapi aku paling suka breast laa...
Ada yang suka wing, drummet, dan lain - lain...
So apakata kita kenali bahagian - bahagian ayam pulak;

Peha = Drumstick
Atas peha = Thigh
Kepak = Wing
Dada = Breast
Rusuk = Rib

Bahagian breast sesuai untuk yang nak berdiet sebab bahagian ni kurang lemak, tapi kaya dengan pati ayam. Kalau yang banyak lemak ialah bahagian peha dan atas peha. Biasanya ramai yang suka bahagian wing, rib dan drumstick. Kat sini ada tips2 macamana nak pilih ayam bila nak beli ayam - Cara memilih dan menyimpan Ayam.

Kat sini aku upload lagi cara2 nak potong ayam dengan betul;


 Dan ini juga;


Bahagian ayam sebagai rujukan untuk masakan;



Ok, akhir kata selamat potong ayam, selamat masak ayam dan selamat makan ayam :)

Monday, May 9, 2011

3 Idiots



Cerita ni release tahun 2009, tapi aku cuma berkesempatan tengok pada tahun - 2011.
Sebenarnya, aku tak tau menau pun pasal fime ni, tapi masa bulan Disember 2010 tu, ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii yang posting kat fb pasal betapa bestnya cerita ni, so aku pun apa lagi, tak senang duduk la kan.
Orang lain dah tengok banyak kali, siapa komen kata best lagi, so aku nak jugakkkkkkk tengok.
Mesti.

Tapi nak dapatkan kepastian lagi sekali, so aku sendiri yang buat posting pasal cerita ni.
Nak tanya facebookers aku, ye ke best sangat cerita ni?
Korang baca laa apa yang diorang komen;




 Dah 11 orang dah kata best...
Eh, ada lagi yang kata filem ni best;


So total 16 orang kata best.
Jaid harus laa aku nak pergi dapatkan dvd kan.
Tapi pencarian tak berhasil.

Dan sampai lah ke bulan 4, iaitu baru - baru ni.
Member aku, si Azi tu, tengah malam buta tiba - tiba sms aku, kata, "Aku dah beli vcd 3 idiots. 18 hengget, ori punya".
Apakah motif?? Malam - malam buta sms aku semata - mata bagitau dia dah beli vcd cerita tu, siap mention harga lagi???
Aku dengan bengang nye mereply, "Dah tu tak reti - reti lagi tolong belikan untuk aku sekali? Nanti aku bayar laa".
Ya, motif sms aku malam - malam buta, siap mention harga lagi, ialah nak buat aku rasa jeles kan. I know ok.
So, aku paksa si Azi tu belikan, mesti ada sebelum dia balik KL.
Tapi hampeh punya Azi, dia kata dah habih. Yang cet** rom*** ada laa. Dia tanya aku, "Ko nak??"
Aku tak kisah, tapi kalau gambar kelabu asap, buat apa. Rugi duit je. 8 hengget pun, tetap rugi.
Takpe, ada cara lain. Burn laa, apa lagi.

So, hari Sabtu tu, lepas teman si Azi shopping kat Tesco Damansara, aku pun pegi lepak rumah dia, sementara nak tunggu pukul 8 nak pegi dating.
Cerita ni, bolehlaa aku katakan, MEMANG BEST, as mentioned by facebookers.
Kelakar, sedih. Tapi bagi aku, sedih tu lebih. Sebab air mata aku banyak keluar dari aku gelak.
So, sedih la cerita ni, dan best.


Mengisahkan 3 sahabat, satu kolej, satu bilik yang datang dari latarbelakang yang agak berbeza.
Si Amir Khan tu anak orang kaya, sorang lagi, anak orang miskin dan sorang lagi, keluarga sederhana.
Amir Khan ni orangnya nakal, selamba, tapi  baik hati. Dia sangat baik pada kawan2 dia, terutama 2 orang tu lah. Macam - macam kisah diorang kat kolej tu, ada yang sedih, ada yang kelakar. Tapi setiap adegan tu memang terasa kesan di hati. 

Filem ni sarat dengan banyak pengajaran. Siapa yang dah tengok tu, tau le. Terutama dia tekankan betapa pentingnya kita pilih pilih cita2 berdasarkan apa yang kita minat, bukan apa yang orang lain suruh, atau pilihkan untuk kita. Dan filem ni juga mengajar yang miskin bukanlah penghalang untuk kita capai kejayaan, yang menghalang adalah sifat putus asa.


Si Amir Khan ni banyak tolong kawan - kawan dia, sebab tu diorang sayang sangat dengan dia.
Bila hari konvo, si Amir Khan ni hilang, dan lost contact dengan kawan2 dia selama 10 tahun...
Lepas 10 tahun, baru diorang tau, siapa sebenarnya Amir Khan ni, dan kenapa dia hilangkan diri lepas hari konvo tu.
Yang kelakar bagi aku, adalah dialog cerita ni. Memang best.
Dan aku memang recommend sangat - sangatlah cerita ni. Tak rugi woo beli...

p/s : yang belah kiri tu muka macam JK. Hahahahaha....

Sunday, May 8, 2011

Love is Blind, and I am willingly Blinded by Love

Motif aku letak gambar filem Cinderella ni?? Nak suruh encik JK angkat aku macam ni nanti. Hehehe..

So minggu ni dah janji nak jumpa kan.
Unfortunately, encik JK demam. Macam biasa.
Dia tu, haishh...
Kalau aku takde depan mata dia, letak vitamin dalam mulut dia, takdenye dia nak makan.
Aku ni gigih laa beli vitamin C, suruh dia makan, dah kata antibodi lemah kan.
Tak jugak habis vitamin tu, aku rasa ada dah 6 bulan aku beli tu, tak habih - habih lagi.
Pastu bila demam, mula laa mengadu, demam la, pening kepala la.
Ni yang aku tak gemor ni.

Tapi tak kira, aku nak jumpa jugak.
Siang ke malam ke, nak jugak jumpa.
Tak tertahan menanggung rindu di dada. Ekekeke.

Aku sebelum ni tak pernah laa buat kerja - kerja macam ni.
I mean, sanggup drive jauh just untuk tengok muka orang tersayang kan.
Yelah, bagi aku antara rumah dia dengan rumah aku tu, kira jauh la.
Tapi cinta punya pasai, yang jauh pun tak terasa jauhnye...ekekeke.

Memang laa pelik, kita travel jauh, semata - mata nak tengok muka dia.
Nak dengar dia bercakap, nak dengar suara dia - live.
Nak tengok dia makan. Cara dia makan bukan comel pun, comot ada le.
Tapi yang tu jugak lah suka tengok. Kalau boleh, nak tengok hari - hari kan.

Sebab tu, bila ada yang kata love is blind, aku memang setuju sangat dengan ayat tu.
Memang betul pun, everything become blind when you is in love.
Aku paling suka kalau malam Ahad dapat spent masa dengan dia.
Jadi perantau ni, memang weekend nak spent masa dengan orang2 tersayang saja...
Kekadang, kecik jugak ati aku bila dia malam Ahad je, tak nak keluar.
Kita yang rindu kat sini, tak faham - faham ke?
Kalau aku duduk kat rumah je malam Ahad, jangan ingat aku ok.
Aku tak ok, aku tak suka. Sebab malam minggu, kau duduk kat rumah, apa barang beb?
Zaman takde pakwe dulu, ok lah lagi. Ni, dah ada pakwe, takkan nak lepak umah hujung minggu kot?
Aku tau encik JK faham. Tapi orang laki ni kalau kita tak cakap benda tu berulang - ulang, dia ingat kita dah ok. Padahalllllll..........

Bila dah tengok muka dia, tengok dia makan, ngendeng - ngendeng dengan dia, baru puas hati.
So, balik rumah, simpan rindu untuk next time dating pulak.
Esok paginya, encik JK telefon aku.
Aku tanya, kenapa? Dia tanya aku pulak, rindu ke?
Eh, eh, dia yang rindu kat aku, motif tanya aku yang rindu dia lak.
Ala orang laki memang camtu kan, dia yang rindu, ego tak nak bagitau.
Pastu cakap kita rindu dia lak. Poyo je.
Ha, tau pun rindu. Abih ingat kita travel jauh ni bukan sebab rindu kat awak ke?

Yup, love is blind. And I am now blindly by love.

Hari yang ditunggu telah tiba

Ho! Ho! Ho!
Dah lama aku plan ni, so memang agak excited la bila tiba the day kan.
Kisahnya aku dah berniat nak belanja MY BEST FRIEND FOREVER sempena befday dia...
Aku panggil dia Bai je. Rasanya dah berkawan dengan dia 5 tahun lebih.
He's the only person best friend I ever had...

Oleh kerana dia nak menamatkan zaman bujang dia tahun ni, so aku ambik kesempatan laa..
Kesempatan nak belanja dia makan kek ok.
So bawak dia pergi ke  - Secret Recipe :)


Order kek faveret aku....Chocolate Indulgence...
Eh, eh, befday sape sebenarnya ni? Apsal ikut tekak aku plak?

Aku panggil kek ni Heaven Indulgence...hehehe

Motif sebenar aku treat member aku ni ialah aku teringin nak makan kek...hehehe..
So kebetulan pulak, befday dia kan, so belanja dia sekali laa...
Nanti dia dah jadi laki orang, tak leh la aku nak belanja dia dah.
Atau sebenarnya aku dah nak jadi bini orang, tak leh belanja dia dah. Muahahaha..
Takkan nak makan kek je kan, so order laa sekali yang ni...


Lepas member baik aku bakal menamatkan zaman bujang dia, insyaAllah menyusul kemudian, aku pulak.
Hehehehe...so sama - sama excited, sama - sama galak laa sekarang ni.
Aku doakan agar dia bahagia, dan berharap bakal dia akan jaga dia sebaik - baiknya..
He is my BEST FRIEND FOREVER.


Tahun depan nak belanja cik abe pulak makan kek..hehehe...

Wednesday, May 4, 2011

Restoran Nasi Ayam Kampung A. Hassan

Hari tu, member aku ajak lunch together - gether.
Dia baru sampai dari kampung,  tapi kereta dia member dia pinjam, so dia suruh la aku pergi ambik dia.
Aku pun pergi la menuju ke Cheras..sebab orang nak belanja lunch kan, harussss lah bergerak laju.

Dia bawak aku ke medan selera di Cheras.
Punyalaaa ramainya orang! Walaupun hari tu hari cuti (Hari Pekerja).
Tapi sepanjang aku berkawan dengan member aku ni, dia ni kira pakar cari tempat2 makan yang best.
Belum pernah aku kecewa dengan tempat2 makan yang dia bawak (atau sebenarnya aku tak pernah kecewa sebab dia je yang selalu belanja aku?).

Dan aku selalunya percaya pada tempat2 pilihan dia.
Kedai makan ni namanya Restoran Nasi Ayam Kampung A. Hassan.
Terletak di Cheras, dan kawasannya adalah luas sekali....
Member aku kata dulu tokey dia menyewa kat lot kedai makan je..
Tapi bila aku datang hari tu, dah terpacak bangunan warna hijau kat sebelah lot kedai makan dia tu..
So maknanya, dah kaya laa tokey dia. Dah ada bangunan sendiri beb...

Aku duduk makan dengan member aku kat port bawah pokok tu, so takdelaa aku nak ambik gambar kan.
Plus, aku adalah blogger yang malu2 untuk mengambil gambar, tapi tak malu untuk buat posting di blog.
Jadi, gambar2 yang aku letak kat sini adalah dicuri secara tak sengaja di tuan punya blog ini - Fadhil Isma dan Honey. Kredit for both of them.

Ada 2 tingkat untuk tempat makan pelanggan

Aku tak makan kat bangunan ni, aku makan kat sebelah depan bangunan.
Sebab member aku tu katanya nak feeling ala2 makan kenduri.
Sebab yang bahagian luar tu, meja2 makan diletakkan kat bawah pokok.
Setiap meja makan, ada payung besar. Ala, payung gerai tu.
Lepas makan je, pekerja2 kat situ kutip pinggan mangkuk, letak dalam besen.
So memang confirm la feeling ala - ala makan kat kenduri kan.
Tambah pulak angin kuat, fuh...nyaman je rasa.

Yang datang ke restoran ni, bukan sahaja Melayu, Cina pun ramai.
Aku tengok sampai berpeluh2 diorang makan.
Bila aku sampai je kedai tu, terus mata aku terpandang ayam kampung.
Pehh....terus capai nasik lepas tu!

Kat kedai tu mengamalkan self service. Cedok nasik sendiri, cedok lauk sendiri.
Lauk pauk adalah seperti ayam kampung, ikan bakar, kuah asam, ulam - ulaman macam kacang botor, jantung pisang, ulam pegaga, pucuk ubi. Ada sambal belacan, tempoyak, gulai daging, gulai ayam, gulai ikan, gulai daging bakar, macam - macam jenis sayur arghh...aku lupa dan banyakkkkk lagi!
Jadi, silalah tatapi gambar2 yang aku cilok dari blog ini.

Recommended : Ayam Kampung

Sambal belacan yang pedasss

Yang ni mantopppppp

Faveret member aku - daging bakar. Ke daging goreng?


Pucuk Paku (untuk yang tak kenal sayur pucuk paku)

*Kredit untuk gambar - gambar dari blog Fried Chillies

Hari tu aku ambik ayam kampung, ulam kacang botor, jantung pisang cicah dengan tempoyan dan sambal belacan.
Campur gulai sikit, dengan sambal lada kacang tu (orang panggil sambal jawa).
Pergh....berair hidung makan..Member aku lak ambik gulai daging bakar, dengan sayur pucuk ubi.
Total makan dalam RM13 lebih. Air lain lain kira tau. Restoran ni buat makanan je, so kena order air kat gerai lain.

Sangatlah aku recommend pada yang rindu nak makan masakan kampung, nak merasa makan di bawah pokok sambil angin bertiup sepoi - sepoi bahasa...inilah tempatnya. Pergi jangan tak pergi.